Hubungan dinamik antara wang, output dan kadar pertukaran antarabangsa dalam dua rejim kadar pertukaran yang berbeza
Type
Thesis
Main Author
Norimah Rambeli
Subject
HG Finance
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2004
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis hubungan dinamik yang wujud di antara
pertumbuhan ekonomi dengan bekalan wang, output, perdagangan antarabangsa. kadar bunga. tingkat
harga umum dan kadar pertukaran antarabangsa dalam jangka panjang dan pendek. Kajian empirik yang
dijalankan ini telah mengaplikasikan kaedah Vektor Autoregresif (VAR) yang merangkumi kointegrasi
multivariat Johansen Juselius, Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM), Fungsi Tindak Balas dan
Penguraian Varians. Melalui kaedah ekonometrik yang digunakan, kajian ini mampu mengesan kewujudan
hubungan jangka panjang dan jangka pendek malah kekuatan pengaruh setiap pembolehubah dapat
dikenalpasti. Hasil kajian empirikal telah membuktikan bahawa bekalan wang (M2) berperanan yang
penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara baik sebelum dan selepas rejim kadar pertukaran
tetap dan kawalan modal dilaksanakan. Namun begitu, dapatan kajian juga berjaya membuktikan bahawa
dasar-dasar kerajaan bagi mengekang krisis kewangan pada Julai 1997 dikira berjaya. Dapatan kajian
berjaya membuktikan bekalan wang (M2) bertindak sebagai pembolehubah endogen dalam sistem persamaan
jangka panjang pada rejim I dan rejim 2. Selain itu, hasil keputusan kajian juga turut berjaya
membuktikan kepentingan peranan output, kadar bunga, tingkat harga umum, imbangan perdagangan dan
kadar pertukaran wang antarabangsa dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.