UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan mahasiswa Biologi
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terhadap pembelajaran bersemuka pasca
Covid-19. Pandemik Covid-19 telah memberi pengalaman pembelajaran yang berbeza
kepada pelajar. Pengalaman ini memberi kesan kepada kesediaan mereka ketika
mengikuti pembelajaran secara bersemuka disebabkan perubahan corak pembelajaran
dan sikap mereka semasa mengikuti pembelajaran secara maya. Seramai 140 orang
responden telah terlibat secara langsung dalam kajian ini yang terdiri daripada
mahasiswa Biologi semester 5, 6 dan 7. Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan
yang menggunakan 13 item soal selidik dalam bentuk platfrom Googleform sebagai
instrumen kajian. Statiscal Package for Social Science (SPSS) telah digunakan untuk
menganalisis data kajian secara dapatan kajian secara statistik deskriptif dan infrensi
bagi menentukan kekerapan, min dan sisipan piawai. Ujian Kruskal-Wallis dijalankan
untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan mahasiswa Biologi UPSI
berada pada skala tahap kesediaan yang tinggi dengan min keseluruhan yang diperoleh
ialah 3.67 dan sisihan piawai 0.535. Hasil Ujian Kruskal-Wallis pula menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan berdasarkan semester pengajian
Mahasiswa Biologi. Konklusinya, meskipun tidak terdapat perbezaan yang signifikan
tahap kesediaan berdasarkan semester pengajian, namun tahap kesediaan mahasiswa
Biologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah pada tahap yang tinggi.
Implikasinya, dapatan kajian ini dapat membolehkan kita menilai sejauh mana
pengalaman pembelajaran semasa pandemik telah mengubah corak pembelajaran
pelajar dan bagaimana ini mempengaruhi kesediaan mereka untuk kembali ke
pembelajaran bersemuka. |
References |
Abu Bakar, A. (2002). Psikologi personaliti individu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd. Amirah Azhar, Zamri Mahamod, Nur Syuhada Mat Husin, & Noorfaraasikin Abdullah. (2023). Kekangan Dan Strategi Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Dalam Meningkatkan Motivasi Murid Selepas Pasca Pandemik Covid-19 (Constraints and Strategies of Primary School Malay Language Teachers in Increasing Student Motivation After Post Pandemic COVID-19). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 13(1), 73-88. Arasinah Kamis, Abrahim Bakar, Ramlah Hamzah, & Soaib Asimiran. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Kompetensi Rekaan Fesyen Pakaian (RFP) (The Validity and Reliability of the Fashion Design Competency Instrument). Jurnal Pendidikan Malaysia37. ISSN: 2180-0782, 37(2), 11–19. Ary, D., Jacobs, L. C., Razavieh, A., & Sorensen, C. (2006). Introduction to research in education. USA. Thomson Wadsworth. Azizah Rajab, Hamidah Abdul Rahman, Roziana Shaari, Faizah Mohamad Nor, Nursyazwin Mansor, & Noorazwin Abdul Jalil. (2018). Penyesuaian Diri dalam Kalangan Pelajar Antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia. Edisi Pertama 2018\copyright Fakulti Pengurusan 2018, 209. Azizi Yahaya, et al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd Bandura, A. (1977). Social learning theory. Prentice-Hall. Bernama. (2021). Malaysia mulakan program vaksinasi COVID-19 pada 26 Feb 2021. https://bernama.com/bm/am/news_covid- 19.php?id=1932063 Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistic Penyelidikan Buku 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill. Creswell, J.W. 2012. Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. (4th ed.). Boston, MA: Pearson Education. Davis, L. (1992). Instrument review: getting the most from your panel of experts. Applied Nursing Research, 5, 194–197. Fraenkel, J. R, & Wallen, N.E. (1996). How to Design and Evaluate Research. USA: Mc. Grawhill Inc. Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Methodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan: Amalan dan Analisis Kajian, (2016). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Hang, F. & Zamri Mahamod. (2023). Sikap Murid Sekolah Menengah Terhadap PdP Bahasa Melayu Pasca Pandemik. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 310-317. Jumaliah Mingan & Zamri Mahamod. (2016). Pengetahuan pelajar sekolah menengah tentang penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 6(2), 23-32. Kaviza, M. (2018). Kesan penggunaan Teknik Peer Instruction dengan pendekatan kelas flipped terhadap pencapaian pemahaman konsep sejarah. Jurnal ICT dalam Pendidikan, 5(2), 14–26. https://doi.org/10.37134/jictie.vol5.3.2018 Kementerian Kesihatan Malaysia. (2022, 16 Februari). Fasa Peralihan ke Endemik. https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2022/04/fasa-peralihan-ke endemik01042022 Kementerian Pendidikan Tinggi. (2021, September 14). Kemasukan Pelajar Ke Kampus Institusi Pendidikan Tinggi secara Berperingkat Bermula 15 Oktober 2021. https://www.mohe.gov.my/hebahan/teks-ucapan/teks-ucapan-ybm- kemasukan-pelajar-ke-kampus-institusi-pendidikan-tinggi-secara- berperingkat-bermula-15-oktober 2021?highlight=WyJhd2FtIiwiYXRhdSIsImF3YW0gYXRhdSJd Khalim Zainal. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif teori tingkah laku, humanistik, psikoanalitik & tret personaliti. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 9, 43–56. Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-610. Low, H. S., & Mydin Kutty, F. (2022). Keberkesanan Think-Pair-Share Terhadap Motivasi dan Penglibatan Murid dalam Penguasaan Penulisan Bahasa Malaysia Sekolah SJK(C). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(5), pe001517. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1517 Mohd Fairuz Jafar, Zetty Akmar Amran, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Mat Rahimi Yusof & Hapini Awang (2020). Kesediaan Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik COVID 19. Prosiding Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan, 404-410 Mohd Majid Konting. 2004. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Radzi Jidin. (2020). Belajar dalam talian kurang berkesan berbanding bersemuka. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/0 7/595525/belajar- dalam-talian-kurangberkesan-berbanding-bersemuka-metrotv. Mohd Ridzaudin Roslan. (2021, 25 April). Pelajar mahu kelas bersemuka berbanding PdPR - Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2021/04/25/pelajar-mahu- kelas-bersemuka-berbanding-pdpr/ Muhammad Faizal Hasyamudin Rahim, Muhammad Aliff Kamil Nasuruddin, & Syed Najihuddin Syed Hassan. (2023). Persepsi Mahasiswa dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Era Endemik Covid 19. http://localhost:8080/jspui/handle/123456789/20786 Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Hanim, & Nur Hafizaliyana Hassan. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik Covid-19. Jurnal Kesidang, 5(1), 88-99. Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheeda Mohd Safie, & Julia Mohd Yusof. (2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara dalam Talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 374-384. Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan, & Ch’ng, P. E. (2020). Adaptasi pengajaran dan pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik COVID- 19 / Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan and Ch’ng Pei Eng. SIG: E- Learning@CS, 1, 23–30. Nadia Che Abd Rani, Nurhidayah Azhar, & Nik Syamsul Baharom Nik Bahari Shah. (2023). Online Teaching & Learning of Post-Pandemic: The Study On Effectiveness Of Hybrid Online Class For Malaysian Polytechnic Architecture Students | Journal on Technical and Vocational Education. https://upikpolimas.edu.my/ojs/index.php/JTVE/article/view/482 Nawwarah Rahiman, Rahmah Hayati Musa, Siti Nabilah Mohd Ali, Syed Najihuddin Syed Hassan & Mohd Zahir Abdul Rahman (2022). Perbezaan Kaedah Tilawah Al-Quran Secara Bersemuka Dan Tidak Bersemuka Dalam Kalangan Pelajar di Era Pandemik Covid19 Dan Endemik: The Distinction Between Face to Face and Non-Face to Face AlQuran Reciting Methods Among Students During the Covid-19 Pandemic and Endemic. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 9(2), 86-94 Nazariyah Sani. (2014). Merapatkan Jurang Literasi Murid-murid Orang Asli: Apa Cabarannya? Jurnal Personalia Pelajar. https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/57 Nor Aidawati Abdillah & Mazidah Musa. (2021). Kesediaan Pelajar Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Norma Baru di Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. International Journal of Modern Education, 3(8), 114–124. https://doi.org/10.35631/IJMOE.380010 Nur Izzati Mat Isa, Mohd Razimi Hussin, Nur Haqima Farhana Abdul Rahim, Wan Nur Izzwani Wan Izham, Nur Atasya Izati Bakeri, Farah Nurhafiza Shamsul Anuar, & Najiha Mohbob. (2020). Bullying Problems among School Students: Journal of Humanities and Social Sciences (JHASS), 2(1), 22-33. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass-0201.100 Nur Najwa Solehah Hasan Ashaari, Siti Norhafiza Sumadi, Nur Aqilah Salleh, Naziera Izzaty Ismail, Nurul Ain Hayati Adenan, & Mohd Razimi Husin. (2019). Masalah Pergaulan Bebas dalam Kalangan Remaja Sekolah. International Journal of Humanities, Management and Social Science (IJ- HuMaSS), 2(1), Article 1. https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass- 0201.21 Nurul Aisyah Kamrozzaman, Sofia Elias, Nuzha Mohamed Taha, & Rabiha Maya Adiera Ab Rahim. (2023). Peralihan Ke Fasa Endemik Covid-19 Di Malaysia: Pengaplikasian Pendekatan Heutagogi Untuk Pembelajaran Digital Teknologi Di Pengajian Tinggi. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 5(1), 150-163. Pallant, J. (2010). SPSS survival manual - a step by step guide to data analysis using SPSS for windows (version 10). Buckingham Open University Press Pallant, J. F. (2012). SPSS Survival Manual a Step by Step Guide to Data Analysis UsingIMB SPSS (5th.edition). Two Penn Plaza, New York, USA: The Mc Graw Hill Componies. Riduwan (2012) Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung. Seri Lanang Jaya Haji Rohani (1996) Orientasi Komunikatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. (Tesis Sarjana Muda). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Rozelia Haizah Abd Razak & Nur Farahkhanna Mohd Rusli. (2022). Pembelajaran Secara dalam Talian: Tahap Kesediaan dan Keberkesanan Pelaksanaannya kepada Pelajar: Online Teaching: Level of Readiness and The Effectiveness of Its Implementation to Students. LSP International Journal, 9(1), 31-43. https://doi.org/10.11113/lspi.v9.18174 Rujiah Muhin & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2021. Peranan Teori Psikolinguistik Dalam Pendidikan Bahasa Arab :The Role of Psycholinguistic Theory in Arabic Language Education. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 1(3), 107-116. Sakinah Salleh & Alwi Mohd Yunus. (2021). Psycho-Educational Character Development: An Analysis of Western and Islamic Psychological Theories. Perspektif Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 13(2), 22-32. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol13.2.3.2021 Salwa Syazwani Rustim, Nie, W. T. W., Abby Earlynnda Ejaipi, Nur Izazi Adilah Mohd Khairil Azma Panjabi, Muhammad Shakir Zufayri Hussin, Umairah Ismail, Sarah Najwa Husaini, & Mohd Razimi Husin. (2022). Kesan daripada Pandemik: Murid Hilang Rasa Hormat Terhadap Guru. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(2), 89–103. https://doi.org/10.36079/lamintang.jhass- 0402.391 Saul McLeod, “Bandura - Social Learning Theory (US, 2011) Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. (2016). Pengintegrasian Blended Learning dalam Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLEFROG). Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600. Sharifah Hasima Syed Daud, Jamal @ Nordin Yunus, & Hamidah bt Yusof. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian Penyeliaan Berkesan. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(3), 50-61. Siti Nor Lailiyah Ibrahim, Yusmaria Mohd Yusoff, & Zulkurnain Hassan. (2021). Covid-19: Sikap, Motivasi dan Halangan Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (PdPDT) Pelajar Kolej Komuniti Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 77-91. Siti Salwa Mohd Noor, Muaz Mohd Noor, & Tajulurrus Mohammad. (2021). Students’ Perception of Online Learning Course of Speech and Arabic Debate during the COVID-19 Pandemic: Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Kursus Pidato Dan Debat Arab Ketika Pandemik COVID-19. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14(2), 77-85. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.2.3.2021 Anuar Sopian, & Ijlal Saja@Mearaj. (2021). Persepsi pelajar Diploma UiTM Melaka terhadap mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) subjek bahasa Arab komunikasi dalam situasi pandemik Covid-19 / Anuar Sopian dan Ijlal Saja@Mearaj. Akademi Pengajian Bahasa. https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46394/ Steven Frennandes Aping, Muhamad Amir Asyraf Abdul Rahim, & Muhammad Norhazim Izman. (2022). Sikap Dan Faktor Yang Mempengaruhi Motivasi Pelajar Bajau Ubian Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian (Attitudes and Factors Affecting the Motivation of Bajau Ubian Students Towards Online Learning Malay Language). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 12(2), 102-117. Stoian, C. E., Farca.iu, M. A., Dragomir, G.-M., & Gherhe., V. (2022). Transition from Online to Face-to-Face Education after COVID-19: The Benefits of Online Education from Students’ Perspective. Sustainability, 14(19), 12812.https://doi.org/10.3390/su141912812 Subanji, Nusantara, T., Rahmatina, D., & Purnomo, H. (2021). The Statistical Creative Framework in Descriptive Statistics Activities. International Journal of Instruction, 14(2), 591–608. Tan, H. A & Tan, T. L. (2022). Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Kursus Bahasa Mandarin Di Universiti Teknikal Terhadap Pembelajaran Atas Talian. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 77-85. Umair Majid. (2018). Research Fundamentals: Study Design, Population, and Sample Size. Undergraduate Research in Natural and Clinical Science and Technology (URNCST) Journal, 2. https://doi.org/10.26685/urncst.16 Ummi Munirah Syuhada Mohamad Zan, Nadzirah Mohd Fauzi, & Panji Hidayat Mazhisham. (2020). Penilaian Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19: Kajian Kes di KUIS. http://conference.kuis.edu.my/icomm/9th/images/eproceeding/icomm9030.pdf Wang, G., Zhang, Y., Zhao, J., Zhang, J., & Jiang, F. (2020). Mitigate the effects of home confinement on children during the COVID-19 outbreak. Lancet (London, England), 395(10228), 945–947. https://doi.org/10.1016/S0140- 6736(20)30547-X Warini, S., Hidayat, Y. N., & Ilmi, D. (2023). Teori Belajar Sosial Dalam Pembelajaran. ANTHOR: Education and Learning Journal, 2(4), 566-576. https://doi.org/10.31004/anthor.v2i4.181 Yap, Y. F. & Muhammad Syawal Amran. (2023). Penglibatan Murid dalam Pembelajaran semasa Transisi Pandemik ke Endemik di Sekolah Rendah. International Journal of Advanced Research in Education and Society, 5(1), 281-297. Zamry Ahmad Mokhtar & Nur Ashikin Lakman (2021). Peralihan Dari Pembelajaran Bersemuka Ke Pembelajaran Secara Atas Talian Untuk Subjek Mechanics Of Civil Engineering Structures semasa Pandemik COVID-19. ANP Journal of Social Science and Humanities, 2(2), 11-18. Zarina Mat Saad, Khodzirah Ahmad, Shahir Sabu, & Johana Johari. (2022). Persepsi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Atas Talian Semasa Pandemik Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah: (Perception Towards Online Teaching and Learning during Pandemic among Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Polytechnic Students). Jurnal Pembangunan Sosial, 25, 191–216. https://doi.org/10.32890/jps2022.25 Zhao, X., & Xue, W. (2023). From online to offline education in the post-pandemic era: Challenges encountered by international students at British universities. Frontiers in Psychology, 13. https://www.frontiersin.org/journals/psychology/articles/10.3389/fpsyg.2022.1 093475
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |