UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka elemen Sains Tauhidik yang terdapat dalam
pemikiran murid Biologi tingkatan empat bagi topik nutrisi. Terdapat tiga objektif bagi
kajian ini iaitu 1) mengenal pasti aspek bagi elemen Allah SWT, 2) mengenal pasti
aspek bagi elemen manusia dan 3) mengenal pasti aspek bagi elemen alam dalam
konsep Sains Tauhidik yang terdapat pada pemikiran murid Biologi tingkatan empat
bagi topik nutrisi. Reka bentuk kajian yang digunakan berbentuk kajian kes dengan
menggunakan kaedah kualitatif. Pemilihan responden kajian dijalankan secara
persampelan bertujuan sehingga mencapai tahap ketepuan iaitu seramai lima orang
murid. Instrumen yang digunakan bagi kutipan data dalam kajian ini adalah temu bual
berstruktur. Data dianalisis secara analisis tematik berdasarkan transkrib temu bual
untuk mendapatkan tema dan kategori bagi setiap elemen Sains Tauhidik yang dapat
dikenalpasti dalam pemikiran responden. Berdasarkan hasil kajian, aspek bagi elemen
Allah SWT dalam konsep Sains Tauhidik dapat dilihat daripada kefahaman sedia ada
dan kebergantungan terhadap logo halal. Seterusnya, aspek bagi elemen manusia yang
dapat dilihat ialah diri sendiri, interaksi dengan orang lain dan juga etika dan moral.
Selain itu, dua aspek bagi elemen alam yang dapat dikenalpasti ialah persekitaran yang
selamat dan persekitaran yang bersih. Kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa
murid mempunyai pemikiran yang berlandaskan aspek-aspek tertentu bagi setiap
elemen dalam konsep Sains Tauhidik. Implikasinya, kajian ini memberikan dapatan
yang lebih kontekstual dan praktikal bagi pihak yang ingin menjalankan Pendidikan
Sains secara Tauhidik dengan lebih bersistematik. |
References |
Ahmad Sahir Jais. (2014). Halal in mainstream education: where are we now and what the future holds for halal education. In International Conference on Global Education II, University Kebangsaan Malaysia (UKM), 24-25. Ahmad Yunus Noor & Asmilyia Mokhtar (2021). Sains tauhidik: Kolaborasi ilmu antara Al-Qur’an dan sains moden. Akademika, 91(2), 167-176. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-Peraturan Terpilih. Susunan oleh Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. International Law Books Services. Azizah Hamzah. (2004). Kaedah Kualitatif Dalam Penyelidikan Sosiobudaya: Qualitative Methods in Sociocultural Research. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6(1), 1-10. Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77-101. Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 1 (2nd ed.). Mc Graw Hill. Creswell, J. W. (2012) Qualitative inquiry & research design choosing among five approaches (3rd ed). Sage Publications, Inc. Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from your panel of experts. Applied Nursing Research, 5, 194–197. Davison, G. C., Robins, C., & Johnson, M. K. (1983). Articulated thoughts during simulated situations: A paradigm for studying cognition in emotion and behavior. Cognitive Therapy and Research, 7(1), 17-39. Davison, G. C., Best, J. L., & Zanov, M. V. (2009). Think-aloud techniques. In Cognitive behavior therapy: Applying empirically supported techniques in your practice. New York: Wiley. DiLiberto, J. A., & Algozzine B. (2002). Improving Descriptive Sentence Writing In Elementary Students, Preventing School Failure: Alternative Education For Children And Youth, 48(4), 34-36. Fatimah Ibda. (2015). Perkembangan kognitif: teori jean piaget. Intelektualita, 3(1). Given, L. M. (2008). The sage encyclopedia of qualitative research methods. Sage. Hafiz Mad Rashid, Maslinda Wahab, & Kamarul Azmi Jasmi. (2018). Sains tauhidik dalam pembangunan peradaban Melayu. In Prosiding Seminar Tamadun Islam, 153-170. Haslinda Hasan. (2016). A study on awareness and perception towards halal foods among muslim students in kota kinabalu, sabah. Proceedings of the Australia- Middle East Conference on Business and Social Sciences, 6, 803-811. Holloway, I., & Todres, L. (2003). The status of method: flexibility, consistency and coherence. Qualitative Research, 3(3), 345-357. Juwantara, R. A. (2019). Analisis teori perkembangan kognitif piaget pada tahap anak usia operasional konkret 7-12 tahun dalam pembelajaran Matematika. Jurnal Ilmiah Pendidikan Guru Madrasah Ibtidaiyah, 9(1), 27-34. Khalijah Salleh (2014). Pendidikan Sains Berasaskan Tauhid. Penerbit UKM Kamus Dewan (Edisi keempat). (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka. Khalijah Salleh & Yusof Othman. (2009). Sains Tauhidik Sebagai Satu Kursus STPD. In Seminar Pendidikan Sains & Teknologi Maklumat (STeM'09) 1(1), 207-214. Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka Mariam Abdul Latif & Suhaimi Ab Rahman. (2020). Knowledge and attitude on sunnah food and Islamic eating practices among students of universiti Malaysia Sabah. Journal Of Halal Industry & Services, 3(1). Nornazlina Mohd Nor & Hassan Zulkurnain. (2022). Kesedaran Pelajar Terhadap Pensijilan Halal, Kesedaran Halal, Komposisi Makanan Dan Minat Membeli Produk Halal Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat, Kajang Selangor: Student Awareness of Halal Certification, Halal Awareness, Food Composition and Interest in Buying Halal Products among Students at Hulu Langat Community College, Kajang Selangor. International Journal of Humanities Technology and Civilization. 7. 67-76. Nur Asyikin Hamdan, Abdul Latif Samian & Nazri Muslim. (2016). Pandangan Khalijah Salleh terhadap sains tauhidik ke arah membangunkan tamadun Melayu. Sains Insani, 2(1), 54-60. Otman Lebar. (2006). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Puteri Faida Alya Zainuddin & Afifah Azmi (2022). Indeks Keprihatinan Produk Makanan Halal Di Kalangan Pelajar Muslim di Sarawak, Malaysia. In Proceedings Borneo Islamic International Conference eISSN 2948-5045, 13, 180-189. Rahil Mahyuddin, Habibah Elias & Kamariah Abu Bakar. (2003). Amalan pengajaran berkesan. PTS Publication. Sabitha Marican, (2005). Kaedah Penyelidikan sains sosial. Pearson Prentice Hall. Sharina Abu Hanifah, Fazly Rahim, Zanaton Iksan, & Azizah Baharom (2017). Pengintegrasian Sains Tauhidik: Persepsi Peserta]. Ulum Islamiyyah, 21, 43-60 Sugiyono, S. (2016). Metode penelitian kuantitatif, kualitatif, R&D. Bandung: Alfabeta, 1-11. Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badushah. (2010). Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 77-85. Taylor, S. J., & Bogdan, R. C. (1984). Introduction to qualitative research methods: The search for meanings. (No Title). Vaismoradi M., Jones J., Turunen H. & Snelgrove S. (2016). Theme Development In Qualitative Content Analysis. Journal of Nursing Education And Practice, 6(5), 100-110. Whildan, L. (2021). Analisis teori perkembangan kognisi manusia menurut Jean Piaget. Permata: Jurnal Pendidikan Agama Islam, 2(1), 11-22. Yin, R. K. (2003). Case study research, design and methods (3rd ed.). Sage Publications. Yudril Basith. (2021). Nilai-nilai Tauhid dalam Mata Pelajaran Biologi (Telaah pada Mata Pelajaran Biologi). Qiro'ah: Jurnal Pendidikan Agama Islam, 11(1), 52- 75. Yusof Othman. (2014). Islamic science (Tawhidic): Toward sustainable development. ........., 7, 110-123. Zainun Mustafa. (2018). Tahap Religiositi dan Fasa Proses Berfikir Dalam Kalangan Murid yang Mengikuti Program Bioda’i. Ph.D Tesis. Universiti Sains Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |