UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) terhadap kemahiran berfikir dalam kalangan murid
tingkatan empat bagi topik Sistem Respirasi dalam Manusia dan Haiwan. Topik Sistem
Respirasi dalam Mnausia dan Haiwan dianggap sukar oleh murid kerana melibatkan
pemikiran abstrak dan beraras tinggi. Isu ini menyebabkan pencapaian murid dalam
topik ini menurun. Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang melibatkan sebanyak
41 orang murid Tingkatan Empat yang mengambil subjek biologi. Murid-murid yang
terlibat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan. Kumpulan rawatan melibatkan 21 orang murid yang menggunakan
pendekatan PBM manakala kumpulan kawalan melibatkan 20 orang murid yang
menggunakan pendekatan pembelajaran secara konvensional. Instrumen kajian ini
ialah ujian pra dan pasca kemahiran berfikir yang terdiri daripada 15 soalan objektif
dan dua soalan subjektif yang digubal mengikut aras kognitif Bloom. Analisis data
kuantitatif ujian-t tidak bersandar dan ujian-t berpasangan menggunakan Statistical
Package for Social Science Version 27.0 (SPSS 27.0). Berdasarkan keputusan ujian-t,
terdapat perbezaan signifikan bagi min skor ujian pasca di mana kumpulan rawatan
(M=61.10 SD=10.705) memperolehi skor yang lebih tinggi berbanding kumpulan
kawalan (M=41.10 SD= 10.437). Berdasarkan hasil analisis data tersebut, disimpulkan
bahawa pencapaian kemahiran berfikir kumpulan rawatan bagi topik Sistem Respirasi
dalam manusia dan haiwan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Kesimpulannya,
pendekatan PBM dapat meningkatkan kemahiran berfikir murid. Implikasinya, kajian
ini memberi alternatif kepada guru untuk menggunakan pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid Biologi dalam topik Sistem Respirasi dalam Manusia dan Haiwan. |
References |
Alizah Lambri, & Zamri Mahamod. (2015). Pelaksanaan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. PENDETA -Jurnal Bahasa dan Sastera Melayu, 6, 98-117. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1160/829 Azieyana Aziz, & Andin, C. (2018). Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif untuk Meningkatkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar (The use of cooperative learning strategies to improve students’ higher order thinking skills). Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1). doi:10.17576/jpen-2018-43.01-01 Chen, L. A., & Nor Damsyik Mohd Said. (2017). Kajian pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) untuk kursus Litar Elektronik dalam kalangan pelajar. 4th International Seminar: Research for Science, Technology and Culture (IRSTC 2017). Chua, Y. P. (2006). Asas statistik penyelidikan: Kaedah dan statistik penyelidikan. (Buku 2). Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from a panel of experts. Applied Nursing Research, 5(4), 194-197. https://doi.org/10.1016/s08971897(05)80008-4 Fatin Adlina Mokter. (2019). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah Terhadap Pencapaian dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(1), 33-46. Fazilah Razali, Othman Talib, & Azraai Othman. (2016). Aplikasi Kemahiran Proses Sains dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah untuk Mata Pelajaran Biologi. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 4(3), 3846. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/8203/5675 Izrul Azmi Md Nasir. (2020). Kesan pembelajaran berasaskan masalah dalam topik kadar tindak balas terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, pemikiran kritis dan motivasi pelajar [Master's thesis]. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2018). Pelaksanaan KBAT. Bahagian Pembangunan Kokurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2019). Dapatan TIMSS dan PISA. Bahagian Pembangunan Kokurikulum. Lai, Hua, K., Mohd Zaki Ishak, & Ligadu, C. P. (2022). Conceptual paper for future research: Experience of students in problem-based learning for science in a secondary school in Sabah: A case study. Global Journal of Educational Research and Management, 2, 329341. https://myedujournal.com/index.php/edugermane/article/view/156/142 Magdalena, Nur Fajriyati Islami, Eva Alanda Rasid & Nadia Tasya Diasty. (2020). Tiga Ranah Taksonomi Bloom dalam Pendidikan. Jurnal Edukasi dan Sains, 2(1), 132 139. https://ejournal.stitpn.ac.id/index.php/edisi Muhammad Affan, Erda Wati & Jowati. (2022). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Pendekatan Konstruktivisme dalam Pengajaran Seni Bahasa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(7), e001597. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i7.1597 Muhammad Ayisy Baharudin & Mohd Ashraf Ibrahim (2019). Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke 21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah IPG Zon Selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 2(5), 32 -42. Mohd Sahrul Syukri Yahya, Nurul Farahaein Masdar & Narimah Samat. (2020). Tahap persepsi, penilaian dan kompetensi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar tingkatan enam di daerah Pontian. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 12(2), 29- 41. https://doi.org/10.37134/perspektif.vol12.2.4.2020 Myers, A., & Hansen, C. (2006). Experimental psychology (6th ed.). Wadsworth. Nur Izwani Mohd Shapri. (2021). Pembangunan Modul Bio-GamyX dan Kesannya terhadap Motivasi, Penglibatan dan Pencapaian Topik Komposisi Kimia dalam Sel [Doctoral dissertation]. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Paet, J. & Khairul Azhar Jamaludin. (2022). Potensi Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dalam Meningkatkan Kemahiran Pembelajaran Menyelesaikan Masalah dan Cabaran Pelaksanaannya. Jurnal Dunia Pendidikan. https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.18 Pallant, J. (2013). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using the SPSS program. Pebriana, R. & Disman. (2017, September). Effect of Problem Based Learning to Critical Thinking Skills Elementary School Students in Social Studies. Journal of Elementary Education, 1(1), 109-118. Pujawan, I. G., Rediani, N. N., Antara, I. G., Putri, N. N., & Bayu, G. W. (2022). Revised Bloom Taxonomy-Oriented Learning Activities to Develop Scientific Literacy and Creative Thinking Skills. Jurnal Pendidikan IPA Indonesia, 11(1), 4760. https://doi.org/10.15294/jpii.v11i1.34628 Seyyedrezaie, S. H. & Barani, G. (2017). Constructivism and Curriculum Development. Journal of Humanities Insights, 1(3), 119-124. Shafini Noor Aini. (2014). Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Terhadap KBKK Pelajar dalam Pembelajaran Nutrisi [Master's thesis]. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Shanteau, J. (1990). Psychological Characteristics of Agricultural Experts: Applications to Expert Systems. In Climate and Agriculture: Systems Approach to Decision Making. A. Weiss (Ed.). Lincoln, NB: University of Nebraska. Siti Azian Azrol Nasoha Bujang. (2013). Pembinaan modul pembelajaran berasaskan masalah (PBM BIO-Score) dan kesannya terhadap pencapaian dan pemikiran kritis pelajar. (Tesis Sarjana). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Siti Azian Azrol Nasoha & Nor Nafizah. (2014). Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi Topik Ekosistem Terancam Subjek Biologi terhadap Pemikiran Kritis Pelajar. J. Sci. Math. Lett. UPSI, 2(2462-2052), 54 -62. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/417/264 Thomas, V., & Shahlan Surat. (2021). Sorotan Literatur Bersistematik: Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 158-168. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i12.1211 Tinjol, J., Andin, C., Jolly, J. (2021). Persepsi Guru Pengajian Perniagaan Tingkatan Enam Terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2682-826X), 201-210. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd Wan Mohamed Salleh, W. N., Che Ahmad, C. N., & Setyaningsih, E. (2021). Difficult topics in Biology from the view point of students and teachers based on KBSM implementation. EDUCATUM Journal of Science, Mathematics and Technology, 8(1), 49–56. https://doi.org/10.37134/ejsmt.vol8.1.6.2021 Wee, K. N. (2004). Jump start authentic problem-based learning. Prentice Hall. Zambri Mahamod, & Jamilah Hassan. (2018). Persepsi guru Bahasa Melayu Tentang Penggunaan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Pembelajaran Dan Pemudahcaraan KOMSAS. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 41-50. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol9.4.2017
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |