UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Farah Nur Qistina Mohd Farizan
Title :Keberkesanan Teknik 5M terhadap pencapaian murid bagi topik Pembahagian Sel Tingkatan Empat
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Teknik 5M terhadap pencapaian murid tingkatan Empat dalam topik Pembahagian Sel. Topik ini dianggap sukar oleh murid kerana mengandungi konsep yang kompleks serta sukar untuk difahami. Teknik 5M merujuk kepada beberapa singkatan akronim iaitu (i) mengenal pasti, (ii) menerangkan, (iii) melukis dan melabel, (iv) membanding beza, dan (v) mengingat dan mengulang. Reka bentuk kajian ini berbentuk kuasi eksperimental dan mempunyai dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Persampelan kajian dipilih secara persampelan rawak berkelompok yang menggunakan kelas yang telah sedia ada. Seramai 56 orang murid tingkatan 4 dari dua buah sekolah arus perdana di Negeri Sembilan telah terlibat dalam kajian ini. Instrumen bagi kajian ini adalah satu set soalan ujian pra dan pasca yang mengandungi 20 objektif dan 2 soalan struktur. Data dianalisis melalui kuantitatif dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian-t berpasangan melalui Statistical Package For Social Science Version 27.0 (SPSS 27.0) untuk melihat perbezaan min pemboleh ubah kajian antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Dapatan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor pencapaian ujian pasca kawalan (M=19.2500, SD=2.63347) dan rawatan (M=24.4286, SD=2.00792). Secara keseluruhannya, dapatan kajian telah membuktikan bahawa pendekatan pembelajaran intervensi melalui Teknik 5M dapat meningkatkan pencapaian murid. Implikasinya, Teknik 5M ini dapat diaplikasikan oleh guru sebagai teknik alternatif untuk meningkatkan pencapaian murid bagi topik Pembahagian Sel. Tuntasnya, kajian ini juga memberi maklumat kepada pihak berkepentingan seperti murid, guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dan penyelidikan dalam bidang pendidikan Biologi untuk menambah baik proses Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan di dalam bilik darjah.

References

Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Psikologi pembelajaran. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. 

Azizi Y., Peter V., Ismail M. & Mohd Dahlan A. M. (2017). Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Terbitan: Universiti Pendidikan Sultan Idris 

Ang, K.H. (2016). Pengenalan Rangka kerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu Kajian Kes. Malaysian Journal of Sciences and Humanities, 1(1), 17-23. 

Baxter, M. (1992). Knowing and reasoning in college: Gender related patterns in students intellectual development. San Francisco: Jossey Bass. 

Bond, T., & Fox, C. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental measurement in the Human Sciences (2nd Edition). Mahwah, NJ: Lawrences Erlbaum.  

Boyatzis, R. E. & Kolb, D. A. (1991). Assessing individuality in learning. Dlm. Learning styles, double issue of Educational Psychology, R. J. Riding (pnyt). 279-295. New York: Pergamon Press. 

Butai, Siti Nazirah & Awang, Huzaikha & Ismail, Iziana & Eldy, Elnetthra. (2021). Effectiveness of PBL-STEM Module in Physics on Students' Interest: A Preliminary Finding of Implementation Amongst Students in Rural Areas of Sabah, Malaysia. 380-387.  

Campbell, N. A., Mitchell, L. G. & Reece, J. B. (1994). Biology concept and connections. Ontario: The Benjamin & Cummings Publishing 

Che Nidzam Che Ahmad, Shaharim Saidatul Ainoor, and Yahaya Asmayati (2016). “Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi (IR)”,6(1).2232-0393  

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah statistik penyelidikan. Buku satu: Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill. 

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Research methods in education. Routledge. 

Davis, L. L. (1992). Instrument review: Getting the most from your panel of experts. Applied Nursing Research, 5, 194-197. 

Duai, B., Mohd, & Nasri, N. (2021). Pendekatan Pembelajaran Berbantukan Teknologi dari Perspektif Murid Terpinggir Sewaktu Pandemik Covid19. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 4(10), 134–147.  

Gall, M. D., Borg, W. R., & Gall, J. P. (1996). Educational research: An introduction. Longman Publishing. 

Juwita binti Mohamed, Siti Salina binti Adnan (2021). Kajian Tindakan “Sama Tapi Tak Serupa!!! : Meningkatkan Pemahaman Tajuk Pembahagian Sel.  

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Huraian sukatan pelajaran Biologi Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. 

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Kupasan Mutu Jawapan Peperiksaan Biologi Sijil Pelajaran Malaysia 2014. Putrajaya: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. 

Liew, L.C., & Noraini, I. (2017). Validity and reliability of the instrument using exploratory factor analysis and Cronbach’s alpha. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(10). 400-410. 

Lim, C.H. (2007). Penyelidikan pendidikan; Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 

Lynn M.R. (1986). Determination and quantification of content validity. Nursing Research 35: 382-385 

Hasnah Mohamed dan Zaidatun Tasir, Baharuddin Aris. (2014). Pengaruh gaya kognitif terhadap pencapaian pelajar. Konvensyen Antarabangsa Jiwa. Pendidik.11-13 

Hidayatullah, F. B. C. R. S. H. (2015). Pengaruh Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Jigsaw dan Kecerdasan Emosional terhadap Hasil Belajar. Jurnal Teknologi Pendidikan Dan Pembelajaran, 2(2). 

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia Skudai. 

Mohd Taufik bin A. Malek (2017). Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran dan Penguasaan bagi Topik Cell Division dengan Menggunakan Teknik 5M 

Muhamad Saiful Bahri Yusoff (2019). ABC of Content Validation and Content Validity Index Calculation. Universiti Sains Malaysia.  

Nurul Shafiah Mustafa Kamal (2022). Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Mengelas Bagi Topik Pembahagian Sel dengan Menggunakan Alat Bantu Mengajar “i-MOM FC” 

O’Leonard, K. (2014). The Corporate Learning Factbook® 2014: Benchmarks, Trends and Analysis of the U.S.Training Market.Bersin & Associates Factbook Report 

Polit, D. F., & Beck, C. T. (2006). The content validity index: Are you sure you know what’s being reported? critique and recommendations. Research in Nursing & Health, 29(5), 489–497.  

Ria Mahardika (2014). Identifikasi Miskonsepsi Siswa Menggunakan Certainty Of Response Index (CRI) Dan Wawancara Diagnosis Pada Konsep Sel. UIN Syarif Hidayatullah Institutional Repository  

Riding,  R.  J.,  and  Rayner,  S.  (1997).  Cognitive  Styles  And  Learning  Strategies.  London: David Fulton Publishers. 

Sadler-Smith,  E.  (2001).  The  Relationship  Between  Learning  Style  And  Cognitive  Style.Personality and Individual Differences. (30) 609-616. 

Tun Mohd Firdaus Azis (2023), Buku PTK New | PDF. from https://www.scribd.com/document/338091246/Buku-Ptk-New 

Wulandari, Try Ade Jumita, Abdul Muin Sibuea, and Sahat Siagian (2018). “Pengembangan Media Pembelajaran Berbasis Multimedia Interaktif Pada Mata Pelajaran Biologi.” Jurnal Teknologi Informasi & Komunikasi Dalam Pendidikan 5(1) 2355-4983.  

Zamri Mahamod, N Suriya N Mustapha (2007). “Strategi Pembelajaran Biologi di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah”.Jurnal Pendidikan, 32: 153-175 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.