UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Pelajar mengambil masa yang lama untuk menguasai subtopik Pertukaran Gas dalam Manusia.
Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit Poket Pertukaran Gas bagi subtopik
Pertukaran Gas Dalam Manusia dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan pelajar
tingkatan empat. Kajian ini dilaksanakan menggunakan reka bentuk kajian pembangunan yang
menerapkan model ADDIE. Kajian ini telah melibatkan seramai 60 orang pelajar tingkatan
empat. Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah teknik persampelan rawak
bertujuan. Kajian ini menggunakan dua instrument iaitu borang kesahan pakar dan juga borang
soal selidik kebolehgunaan kit Poket Pertukaran Gas. Seterusnya, data kajian yang telah
diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
27. Berdasarkan dapatan kajian, kit Poket Pertukaran Gas mempunyai kesahan yang
memuaskan yang mana nilai persetujuan pakar adalah 85.83%. Berdasarkan dapatan kajian, kit
Poket Pertukaran Gas juga mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dalam kalangan
pelajar yang mana nilai Alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.924. Terdapat empat konstruk
yang digunakan bagi menilai tahap kebolehgunaan kit iaitu konstruk kebergunaan (min=3.54),
mudah digunakan (min=3.70), mudah dipelajari (min=3.59) dan kepuasan (min=3.65) yang
mana menunjukkan bahawa kebolehgunaan kit berada pada tahap yang baik. Kesimpulannya,
objektif kajian adalah tercapai kerana kit Poket Pertukaran Gas berjaya dibangunkan dengan
kesahan yang memuaskan dan nilai kebolehgunaan yang baik dalam kalangan pelajar tingkatan
4. Kesannya, kit Poket Pertukaran Gas ini mampu menjadi bahan bantu mengajar yang memberi
impak yang baik kepada guru dan pelajar serta mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang
menarik. |
References |
Abdul Rahim, N., Agus, S., & Asikin, N. A. (2021). Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) Dalam Pendidikan Jasmani: Students’ Attitude and Interest Towards the Use of Teaching Aids in Learning and Facilitation in Physical Education. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 5(2), 77–86. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v5i2.16 Abdul, R.I & Norashikin, M.Y. (2010). Pembangunan Laman Web Tingkatan Empat Bagi Tajuk Garis dan Satah Dalam Tiga Matra Berasaskan Teori Konstruktivisme Lima Fasa Needham. http://eprints.utm.my/10560/1/Pembangunan_Laman_Web_Tingkatan_Empat_Bagi_Tajuk_Garis_Dan_Satah_Dalam_Tiga_Matra_Berasaskan_Teori_Konstruktivisme_Lima_Fasa_Needham.pdf Abu Bakar Nordin (1985). Penilaian Afektif. Kajang. Masa Enterprise. Ambrose, M. S., & Shaharom, H. N. (2004). Pembinaan dan penilaian kesesuaian modul pengajaran kendiri (MPK) respirasi biologi tingkatan empat KBSM merentas tempoh mengajar. https://core.ac.uk/download/pdf/12118249.pdf Ariffin, A., Hasnan, N., Zakaria, N., Rubani, S. N. K., & Hamzah, N. (2020). Pembangunan Bahan e-Pembelajaran Berasaskan Model Needham Lima Fasa bagi Topik Konkrit. Online Journal for TVET Practitioners, 5(2), 63–70. Armier, D. D., Shepherd, C. E., & Skrabut, S. (2016). Using Game Elements to Increase Student Engagement in Course Assignments. College Teaching, 64(2), 64–72. https://doi.org/10.1080/87567555.2015.1094439 Azhar. (2016). Konstruktivisme Dalam Pendidikan: Madinah: Jurnal Studi Islam, 3(2), 81–92. https://doi.org/10.58518/madinah.v3i2.177 Best, J.W. & Kahn, J.V. (2006). Research in education (10..hed.). Boston: Pearson Education. Brown, J.W. (1983). Qualities of effectiveness teachers. Review of Young Educational Research, 2, 145-157. Virgina: Association of Superivision and Curriculum Development. Iberahim, M. F., & Norah, M. N. (2020). Amalan Gamifikasi dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Guru – Guru Sekolah Rendah di Negeri Johor. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 8-14. Jamaludin Ahmad & Sidek Mohd Noah (2005).Pembinaan Modul: Bagaimana MembinaModul Akdemik Dan Modul Latihan. Serdang: Universiti Putra Malaysia Juppri, B. & Zainiah, M. (2016). Aplikasi Model ADDIE dalam Pembangunan Modul Awal Literasi (Modul A-Lit) untuk Kanak-Kanak TASKA. https://www.researchgate.net/publication/309314706_Aplikasi_Model_ADDIE_dalam_Pembangunan_Modul_Awal_Literasi_Modul_A-Lit_untuk_Kanak-kanak_TASKA Jusuf, H. (2016). Penggunaan gamifikasi dalam proses pembelajaran. Jurnal TICom, 5(1), 1-6. Kamus Dewan. (4th ed.). 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kurt, S. (2017). ADDIE MODEL: Instructional Design. Educational Technology. https://educationaltechnology.net/the-addie-model-instructional-design/ Lund, A. M. (2001). Measuring usability with the USE questionnaire. Usability Interface, 8(2), 3-6. Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Najib, A.G. (1999). Penyelidikan Pendidikan.Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Nair, S. & Malar, M. (2005). PENGGUNAAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH. http://apjee.usm.my/APJEE_20_2005/JPP02Subadrah%20(21-42)B.pdf Nielsen, J. (1994). Usability inspection methods. Conference Companion. Boston, Massachusetts USA. https://dl.acm.org/doi/pdf/10.1145/259963.260531 Ningrum & Aditya, M. (2019). Kesulitan Belajar Siswa Pada Mata Pelajaran Biologi Materi Protista Kelas X IPA di SMA Negeri 3 Jember Tahun Ajaran 2018/2019. Undergraduate thesis. Universitas Islam Negeri Kiai Haji Achmad Siddiq Jember. http://digilib.uinkhas.ac.id/id/eprint/21788 Nurlia, N., Hala, Y., Muchtar, R., Jumadi, O., & Taiyeb, M. (2017). Hubungan antara Gaya Belajar, Kemandirian Belajar, dan Minat Belajar dengan Hasil Belajar Biologi Siswa. Jurnal Pendidikan Biologi, 6(2), 321-328. Nur Izwani, S. & Che Ahmad, C. N. (2019). The development of Bio-Gamyx module for teaching and learning Biology. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 9(2), 1–8. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol9.2.1.2019 Rohani, M. (n.d). Peranan guru dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) abad ke-21. https://app.pandai.org/teacher/lesson/peranan-guru-dalam-pembelajaran-dan-pengajaran-pdp-abad-ke-21-1633580556/start Samad, N. A., Ahmad, W. M. R. W., Harun, H., Amiruddin, M. H., Hashim, S., & Ja’apar, F. (2018). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian. Online Journal for TVET Practitioners. https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4808/2884 Saputro, M. N. A., & Pakpahan, P. L. (2021). Mengukur Keefektifan Teori Konstruktivisme dalam Pembelajaran. JOEAI:Journal of Education and Instruction, 4(1), 24–39. https://doi.org/10.31539/joeai.v4i1.2151 Sari, R. T. (2017). Efektifitas Modul Pembelajaran Biologi Melalui Pendekatan Konstruktivisme. PAKAR Pendidikan, 15(1), 53–66. https://doi.org/10.24036/pakar.v15i1.53 Shahila, I., & Fariza, K. (2021). Penggunaan video YouTube bagi Meningkatkan Minat dan Pencapaian murid dalam Pembelajaran Geografi Fizikal di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 228–240. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.708 Sidek Mohd Noah, & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana MembinaModul Latihan Dan Modul Akademik. Serdang. Universiti Putera Malaysia. Siti, M. (2023). Teori Kontruktivisme Dalam Pembelajaran. Al-Misbah (Jurnal Prodi PGMI), 9(1 Jun), 88–101. https://www.jurnal.stitmugu.ac.id/index.php/misbah/article/view/321/320 Sundram, S., & Nurhanani, R. (2023). A Pilot Study to Test the Reliability and Validity of The Research Instrument. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(3), e002149–e002149. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i3.2149 Tabun, Y. F., Ariningsih, K. A., Jalal, N. M., Hau, R. R. H., Suprapmanto, J., Meisarah, F., Nuruddaroini, M. A. S., Renaldi, R., Sesrita, A., Julyanti, E., & Akbar, A. (2022). Teori Belajar Konstruktivisme. Nanda, S (Eds.). Teori Pembelajaran. Yayasan Penerbit Muhammad Zaini. Takdir, M. (2017). Kepomath Go “Penerapan Konsep Gamifikasi Dalam Pembelajaran Matematika dalam Meningkatkan Motivasi Belajar Matematika Siswa”. Jurnal Penelitian Pendidikan INSANI, 20(1), 1-6. Yuberti. (2014). Teori pembelajaran dan pengembangan bahan ajar dalam pendidikan. 1, 1 (1). Anugerah Utama Raharja, Bandar Lampung. ISBN 978-602-1297-26-1 Yunusa, F. A. N., Rahimc, M. B., Yasinb, R. M., & Rusd, R. C. (2014). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan Pembelajaran berdasarkan Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis. TVEIS 2014, 74.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |