UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan E-Komik Islamik Neuro-Manga bagi Sistem Saraf Manusia dalam subjek Biologi Tingkatan Empat

AVAILABLE Final Year Project 818 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information
Title
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan E-Komik Islamik Neuro-Manga bagi Sistem Saraf Manusia dalam subjek Biologi Tingkatan Empat
Type
Final Year Project
Main Author
Nur Aina Yasmin Roslan
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan E-Komik Islamik Neuro- Manga bagi Sistem Saraf Manusia dan mengenalpasti tahap persepsi kebolehgunaan pelajar terhadap penggunaan E-Komik Islamik Neuro-Manga bagi Sistem Saraf Manusia dalam subjek Biologi Tingkatan Empat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan 73 orang sampel pelajar muslim Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi semester 6 dan 7. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk menilai kebolehgunaan E-Komik yang mengandungi empat konstruk. Kesahan bagi E-Komik dan borang soal selidik telah dinilai oleh dua pensyarah pakar dengan nilai CVI yang diperoleh bagi borang soal selidik ialah 0.86, manakala nilai Alpha Cronbach adalah 0.929, yang menunjukkan nilai yang baik dan mempunyai ketekalan. Keempat-empat konstruk ialah Kebolehgunaan, Kemudahan Penggunaan, Mudah Dipelajari dan Kepuasan yang melalui proses analisis deskriptif yang menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan telah menunjukkan purata bagi setiap konstruk iaitu 3.69 (SP=0.464) bagi Kebolehgunaan, 3.77 (SP=0.425) bagi Kemudahan Penggunaan, 3.71 (SP=0.457) bagi Mudah Dipelajari dan 3.72 (SP=0.452) bagi Kepuasan. Min bagi keseluruhan konstruk adalah 3.73, iaitu menunjukkan Interprestasi Skor Min bagi Skala Likert Empat Mata pada tahap tinggi dan membuktikan persepsi terhadap kebolehgunaan ekomik adalah tinggi. Keputusan kajian ini dapat membuktikan bahawa E-komik Islamik Neuro-Manga ini dianggap sesuai dan boleh digunapakai sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sistem Saraf Manusia. Implikasinya, kajian ini menunjukkan bahan bantu mengajar boleh dipelbagaikan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran seperti E-Komik Islamik Neuro-Manga dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman murid.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.