Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan E-Komik Islamik Neuro-Manga bagi Sistem Saraf Manusia dalam subjek Biologi Tingkatan Empat
Type
Final Year Project
Main Author
Nur Aina Yasmin Roslan
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan E-Komik Islamik Neuro-
Manga bagi Sistem Saraf Manusia dan mengenalpasti tahap persepsi kebolehgunaan
pelajar terhadap penggunaan E-Komik Islamik Neuro-Manga bagi Sistem Saraf
Manusia dalam subjek Biologi Tingkatan Empat semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan 73
orang sampel pelajar muslim Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi semester 6 dan
7. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk menilai
kebolehgunaan E-Komik yang mengandungi empat konstruk. Kesahan bagi E-Komik
dan borang soal selidik telah dinilai oleh dua pensyarah pakar dengan nilai CVI yang
diperoleh bagi borang soal selidik ialah 0.86, manakala nilai Alpha Cronbach adalah
0.929, yang menunjukkan nilai yang baik dan mempunyai ketekalan. Keempat-empat
konstruk ialah Kebolehgunaan, Kemudahan Penggunaan, Mudah Dipelajari dan
Kepuasan yang melalui proses analisis deskriptif yang menjawab persoalan kajian.
Hasil dapatan telah menunjukkan purata bagi setiap konstruk iaitu 3.69 (SP=0.464)
bagi Kebolehgunaan, 3.77 (SP=0.425) bagi Kemudahan Penggunaan, 3.71 (SP=0.457)
bagi Mudah Dipelajari dan 3.72 (SP=0.452) bagi Kepuasan. Min bagi keseluruhan
konstruk adalah 3.73, iaitu menunjukkan Interprestasi Skor Min bagi Skala Likert
Empat Mata pada tahap tinggi dan membuktikan persepsi terhadap kebolehgunaan ekomik
adalah tinggi. Keputusan kajian ini dapat membuktikan bahawa E-komik
Islamik Neuro-Manga ini dianggap sesuai dan boleh digunapakai sebagai bahan bantu
mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Sistem Saraf Manusia. Implikasinya,
kajian ini menunjukkan bahan bantu mengajar boleh dipelbagaikan dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran seperti E-Komik Islamik Neuro-Manga dalam usaha
untuk mempertingkatkan kefahaman murid.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.