UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nurain Ariffin
Title :Penggunaan \"Ops-Cell Division\" untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam topik pembahagian sel tingkatan empat di SMK (P) Methodist Melaka
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu dan permasalahan yang berkaitan dengan topik Pembahagian Sel dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat SMK (P) Methodist Melaka dan kesan pelaksanaan penggunaan aplikasi “Ops-Cell Division” terhadap pencapaian murid-murid dalam topik Pembahagian Sel tingkatan empat SMK (P) Methodist Melaka. Daripada tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui ujian di dalam kelas menunjukkan kebanyakan murid-murid hanya mendapat markah jawapan betul iaitu empat daripada sepuluh soalan. Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak dapat mengingati dan memahami tajuk Pembahagian Sel dengan baik. Kajian ini mempunyai reka bentuk kajian tindakan yang berfokus kepada 15 orang murid Tingkatan 4K1 SMK (P) Methodist Melaka. Instrumen kajian yang terlibat ialah protokol temu bual dan ujian pencapaian. “Ops-Cell Division” ini merupakan satu platform secara atas talian yang menggabungkan pelbagai pendekatan yang berbeza mengikut cara pembelajaran terkini murid-murid berdasarkan Teknologi Media dan Komunikasi (TMK). Medium ini mempunyai e-nota, peta minda, permainan atas talian, video, parodi lagu, glosari dan ruangan bertanya soalan yang direka khas mengikut gaya pembelajaran murid. Laman web “Ops-Cell Division” telah dilaksanakan selama dua sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) selama 80 minit. Ujian pra telah dilaksanakan sebelum sesi perjumpaan PdP di mana ujian telah dijalankan secara atas talian melalui google form. Selepas itu, pengkaji melaksanakan sesi PdP untuk menunjuk ajar kaedah penggunaan “Ops-Cell Division” bagi memudahkan murid-murid mengingati dan memahami tajuk tersebut dengan lebih baik. Ujian pasca diberikan selepas tempoh dua hari. Perbandingan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan bahawa laman web “Ops-Cell Division” ini memberi kesan positif terhadap pencapaian murid bagi tajuk Pembahagian Sel di mana nilai min bagi ujian pra adalah 40 peratus manakala nilai min bagi ujian pasca adalah 84 peratus. Kesimpulannya, laman web “Ops-Cell Division” ini dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran murid-murid dengan cara yang lebih mudah dan menarik.

References

Abu Bakar Nordin. (2017). Kurikulum kearah penghasilan kemahiran berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 10-18. Diperolehi daripada https://mojes.um.edu.my/index.php/ JUKU/article/view/7942/5462. 

Aminamul Saidah Mad Nordin, Bity Salwan Alias, & Zamri Mahamod. (2023). Pendigital Pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia., 1(1). Diperolehi daripada https://www.jppt.my/wp-content/uploads/2023/04/7.pdf. 

Azita Ali, Lutfiah Natrah Abbas, & Mohmad Sabiri. (2021). Keberkesanan Pembelajaran Gamifikasi dalam Pencapaian Pelajar bagi Topik Nombor Kompleks: Effectiveness of Gamification Learning in Student’ s Achievement for Complex Number Topic. Online Journal for TVET Practitioners, 6(2), 108-122. Diperolehi daripada https://penerbit.uthm. edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/6068/4480. 

Azlina Amat Yasin. (2017). Fun learning with" Magic Maths” for primary students: Action research. Journal of Asian Vocational Education and Training, 10, 88-102. Diperoleh daripada http://www.javet.net/wp-content/uploads/ 2019/11/010-11-2017_Azlina_Magic-Maths.pdf.  

Cimer, A. (2012). What makes biology learning difficult and effective: Students' views. Educational research and reviews,7(3), 61. Diperolehi daripada https://academicjournals.org/journal/ERR/article-full-text-pdf/6AD7EA8435 2.pdf. 

Dikmenli, M.  (2010).  Misconception of  cell  division  held  by  student  teacher  in  biology:  a  drawing  analysis. Scientific Research and Essay, 5(2), 235-247. Diperolehi daripada https://academicjournals.org/article/article13805 39915_Dikmenli.pdf. 

Faridah Mahadi, Mohd Razimi Husin, & Nurulhuda Md Hassan. (2022). Gaya pembelajaran: Visual, auditori atau kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences (JHASS), 4(1), 29-36. Diperolehi daripada https://lamintang.org/journal/index.php/jhass/article/view/341/254. 

Gelbart, H., and Yarden A. (2006). Learning genetics through an authentic research simulation in bioinformatics. Journal of Biological Education, 30(3), 107-112. Diperolehi daripada https://www.tandfonline.com/doi/epdf/10.1080/ 00219266.2006.9656026?needAccess=true. 

Hazana Kamaruddin., Che Nidzam Che Ahmad, & Fatimah Azzahra Ahman Rashid.  (2022).  Kajian literatur bersistematik ke  atas pembangunan modul pembelajaran Biologi melalui aplikasi telegram bot bagi pelajar Matrikulasi. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 12(2), 39-50.  

Ribban Ibrahim, & Asmah Mohd Subari @ Sarman. (2021). Perspektif Hikmah Pendidikan Atas Talian Ketika Wabak Covid-19: The Wisdom Perspective Of Online Education During The Covid-19. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1), 46-63. 

Ikfina Luthfirohmatika, & Faninda Novika Pertiwi. (2021). Efektivitas Model Pembelajaran VAK (Visualization, Auditoy, and Kinestetics) dengan Pendekatan Literasi Sains terhadap Kemampuan Presentasi Peserta Didik MTS Kelas VII. Jurnal Tadris IPA Indonesia, 1(3), 282-291. Diperolehi daripada https://ejournal.iainponorogo.ac.id/index.php/jtii/article/view/202/155. 

Jaswardi Anuar. (2017). Kesan Pembelajaran 5E Secara Kontekstual Terhadap Pemahaman Konsep Pembahagian Sel, Penaakulan Saintifik dan Motivasi. 

Kalaiselvi Shanmugam, & Balamuralithara Balakrishnan (2018). Kerangka Panduan Efektif Pengajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Sains Menggunakan Information Communication Technology (ICT) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) (TAML). Sains Humanika, 10(1). Diperolehi daripada https://doi.org/10.11113/sh.v10n1.1322. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperolehi daripada https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/penyelidikan/kajian/1376-manualkajian/file.  

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kementerian Pendidikan Malaysia, 1-300. Diperolehi dari https://www.moe.gov.my /menumedia/media-cetak/penerbitan/1813-pppm2013-2025/file. 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Laporan Tahunan 2018: Bahagian Pegurusan Sekolah Harian (3,1). Diperolehi daripada https://doi.org/10.22146 /sasdayajournal.43882. 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Dasar Pendidikan Digital. Kuala Lumpur: Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan. 

Kemmis, & McTaggart. (1988). The action research planner. 3rd ed. Australia: Deakin University Press. 

Lay Ah Nam, & Kamisah Osman. (2018). Pendidikan Kimia melalui Merekabentuk Permainan teori dan Amalan. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Lisa Yip Shukye. (2015). Analisis perkaitan kajian tindakan dengan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kajian tempatan. Jurnal Pendidikan, 15. Diperolehi daripada http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18 /jurnal/152015/1.pdf. 

Mior Khairul Azrin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, cabaran dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional. Sosiohumanika , 4(1). Diperoleh daripada https://journals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/ article/view/436/434.  

Mohd Khairy Kamarudin, Norlela Zamani, & Rosamiza Meor Razak. (2019). Thematic Analysis On The Necessity Of Hibah Law In Malaysia: Analisis Tema Terhadap Keperluan Undang-Undang Hibah Di Malaysia. al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 16(1), 1-13. Diperolehi daripada http://al-qanatir.com/aq/article/view/217/141. 

Mozes Kurniawan, Yolanda Anggiana Putri, & Gissela Cahya Alianti. (2024). Learning Fun English through Pop-Up QR Book: An Audio-Visual Aid for Early Childhood Foreign Language Development. European Journal of Education and Pedagogy, 5(1), 7-14. 

Norhasyimah Hamzah, Roziyati Omar, Arihasnida Ariffin, Siti Nur Kamariah Rubani, & Tamil Selvan Subramaniam. (2018). Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Mata Pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi. Online Journal for TVET Practitioners. Diperolehi daripada https://publisher.uthm.edu.my/ojs/ index.php/oj-tp/article/view/4812. 

Norsyahida Azizan, Nur Adila Zakaria, Siti Ruqiah Ishak, Faizah Zukkifli, & Azman Omar. (2022). CD-model: Meningkatkan tahap penguasaan pelajar tingkatan empat dalam tajuk pembahagian sel. Proceedings ICTE. Diperolehi daripada 

https://www.researchgate.net/profile/Banu-Ramanan/publication/369184697 _What_Triggers_Change_Readiness_Intention_Among_Teacher's_The_Influence_of_Continuing_Professional_Development_Practices_A_Structural_Equation_Modelling_Approach/links/640ed1d292cfd54f84f5ffcc/What-Triggers-Change-Readiness-Intention-Among-Teachers-The-Influence-of-Continuing-Professional-Development-Practices-A-Structural-Equation-Modelling-Approach.pdf#page=425. 

Nur Husna Nazuardi, Wan Mohd Nuzul Hakimi Wan Salleh, & Nilavathi Balasundram. (2023). Pembangunan dan kajian persepsi Guru Pelatih terhadap kebolehgunaan permainan Bio-Mission Ladder Board bagi topik Meiosis. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 13(2). Diperolehi daripada https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol13.2.10.2023. 

Mistirine Radin, & M. Al-Muz-zammil Yasin (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 di Malaysia: Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 10(3–2). Diperolehi daripadahttps://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/1481. 

Rodríguez Gil, S. G., Fradkin, M., & Castañeda-Sortibrán, A. N. (2019). Conceptions of meiosis: misunderstandings among university students and errors. Journal of Biological Education, 53(2), 191-204. Diperolehi daripada https://www.tandfonline.com/doi/epdf/10.1080/00219266.2018.1484338?needAccess=true.  

Suleiman Sa’adu Matazu, & Akilu Ismail . (2023). Effect Of Flipped Classroom Instruction And Enhanced Lecture Method On Academic Performance In Genetics Among Students With Visual-Auditory-Kinesthetic (Vak) Learning Styles In Gusau, Zamfara State, Nigeria. Journal of Science, Technology and 

Mathematics Pedagogy, 1(2), 1–20. Diperolehi daripada https://jostmp-ksu.com.ng/index.php/jostmp/article/view/63. 

Suvarmani Subban, Nor Asiah Razak, Habibah Ab. Jalil, & Ismi Arif Ismail. (2022). Pelaksanaan E-Pembelajaran dalam Persekitaran Sosial dan Budaya di Sekolah Transformasi (TS25) di Malaysia. Innovative Teaching and Learning Journal, 6(1). Diperolehi daripada https://itlj.utm.my/index.php/itlj/article/view/89/74.  

Tasya Dwi Aulia. (2023). Pentingnya teknologi dalam inovasi pendidikan. Diperoleh daripada https://scholar.google.com/scholar?hl=en&as_sdt=0%2C5&q= PENTINGNYA+TEKNOLOGI+DALAM+INOVASI+PENDIDIKAN&btnG=.  

Tavasuria Elangovan. (2014). Kesan simulasi komputer terhadap pencapaian dan ketekalan ingatan pelajar biologi tingkatan empat bagi topik pembahagian sel (Disertasi Kedoktoran, Universiti Sains Malaysia). Diperolehi daripada https://core.ac.uk/download/pdf/287745602.pdf. 

Temy Yulianti. (2024). Investigating the Impacts of Inquiry-Based Learning on Students' Understanding of Geographical Concepts. Future Space: Studies in Geo-Education, 1(1), 56-72. Diperolehi daripada https://futurespace-journal.com/index.php/js/article/view/9/5. 

Toh, W. S. (2005). Penyelidikan tindakan: Perkembangan profesionalisme ke arah pengamalan reflektif dan penambahbaikan sekolah. Dalam Prosiding Penyelidikan Tindakan tahun, 3-4. Diperolehi daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/semar2005/1%20toh.pdf.  

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.