UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :QD Chemistry
Main Author :Nur Nurul Syahana Ahmad Tajudin
Title :Pembangunan dan keberkesanan Modul Nyanyian Chemion dalam standard pembelajaran menulis formula Kimia sebatian ion bagi pelajar tingkatan empat
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pelajar menghadapi kesukaran dalam memahami konsep abstrak seperti formula kimia sebatian ion. Antara kesukarannya adalah pelajar tidak dapat mewakilkan kation dan anion kepada bentuk formula dengan betul. Penggunaan bahan bantu mengajar dengan integrasi aktiviti nyanyian dilihat merupakan antara alternatif dalam mengatasi masalah ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Nyanyian ChemIon dalam standard pembelajaran menulis formula kimia sebatian ion dengan nilai kesahan yang baik dan menilai keberkesanan modul tersebut terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan berpandukan kepada model ADDIE. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tingkatan empat aliran sains tulen dari sebuah sekolah di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang diagihkan kepada kumpulan kawalan dan rawatan secara rawak berkelompok. Terdapat tiga instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan muka dan kandungan modul, borang kesahan ciri istimewa modul serta ujian pra dan pos. Data daripada borang kesahan dianalisis melalui peratus persetujuan pakar manakala ujian pra dan pos dianalisis secara inferensi (ujian-t). Dapatan bagi nilai kesahan muka, kandungan dan ciri istimewa modul yang dibangunkan masingmasing adalah 98.61%, 97.12% dan 100%. Dapatan kajian bagi nilai min skor kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pra masing-masing adalah 52.73 dan 59.47. Walau bagaimanapun, perbezaan ini adalah tidak signifikan iaitu p = 0.112 pada nilai p > 0.05. Ini menunjukkan tahap pencapaian kumpulan kawalan dan rawatan adalah setara. Selepas intervensi dijalankan, nilai min skor bagi kumpulan kawalan dan rawatan dalam ujian pos masing-masing adalah 59.27 dan 70.00. Melalui ujian-t didapati bahawa perbezaan ini adalah signifikan iaitu p = 0.002 pada nilai p < 0.05. Ini menunjukkan tahap pencapaian kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan secara signifikan. Kesimpulannya, modul ini mempunyai kesahan muka, kandungan dan ciri istimewa yang baik dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Salah satu cadangan penambahbaikan adalah menerapkan integrasi teknologi dalam pembangunan modul dengan mengaplikasikan kuiz atas talian seperti Kahoot dan Quizwhizzer.

References

A. Maulod, S., Chua, Y. P., Ahmad, H., Leong, M. W., & Alias, S. (2016). Kecerdasan emosi pengetua dan hubungannya dengan efikasi kendiri guru sekolah menengah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(3), 54–75.   

Abd. Ghani, F., & Aris, M. (2012). Pembinaan, kesahan dan kebolehpercayaan modul kemahiran mengawal stress kehidupan guru. Jurnal Teknologi, 58, 45–50. 

Abdul Kadir, M. N. B., Abdul Karim, M. M., & Abd. Rahman, N. (2016). Sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar sains. Jurnal Personalia Pelajar, 19(1), 23–38.  

Abdul Rahim, N., Agus, S., & Mohamad Shalan, N. A. A. (2021). Minat dan sikap pelajar terhadap penggunaan bahan bantu mengajar dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam Pendidikan Jasmani. Attarbawiy: Malaysia Online Journal of Education, 5(2), 77–86.  

Abdul Razab, H., & Sharaai, A. H. (2012). Kaedah nyanyian dalam mengatasi masalah miskonsepsi dalam kalangan murid tahun 3 dalam topik magnet. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012. ResearchGate.  

Abdul, M. A., Ismail, H., Mohamad, I., & Osman, Z. (2019). Perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Jurnal Pendidikan Awal Kanak – Kanak Kebangsaan, 8, 17–23.  

Abu, A. T., Ahmad Rashid, R. A., & Saleh, S. (2020). Pembinaan modul pengajaran al-Quran (al-Alaq) dengan menggunakan model instruksional ADDIE. BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences, 3(3), 152–167. 

Alwi, A., & Kamis, A. (2019). Using the ADDIE model to develop green skills teaching module. Journal of Engineering Research and Application, 9(1), 53–57.  

Aziz, N. A., & Masnan, A. H. (2022). Penggunaan lagu kanak-kanak dalam proses perkembangan kemahiran Bahasa Melayu di tadika swasta. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 11(1), 91–107. 

Bacotang, J., Mohamed Isa, Z., Che Mustafa, M., & Mohd Nor, N. D. (2020). Kesahan kandungan bagi indikator kemahiran literasi awal berdasarkan perspektif pendidik. Evaluation Studies in Social Sciences, 1(2), 1–8.  

Baharudin, H., Ismail, Z., & Nik Yusoff, N. M. R. (2017). Pembinaan ujian tahap saiz kosa kata Arab. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1), 13–19.  

Budiariawan, P. (2019). Hubungan motivasi belajar dengan hasil belajar pada mata pelajaran Kimia. Jurnal Pendidikan Kimia Indonesia, 3(2), 103–111.  

Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Edisi Ketiga. Selangor: McGrawHill Education (M) Sdn. Bhd. 

Darusalam, G, & Hussin, S. (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan: Amalan dan analisis kajian. (Second Ed.). Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur.  

Doraiseriyan, E. R., & Muhamad Damanhuri, M. I. (2021). Tinjauan keperluan terhadap pembinaan permainan dalam pembelajaran tajuk garam bagi pelajar tingkatan 4. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11, 21–28. 

Fazriah, S., Irwandi, D., & Fairusi, D. (2021). Relationship of self-regulated learning with student learning outcomes in chemistry study. Journal of Physics: Conference Series, 1836(1).   

Hassan, S., Mohamed Mokhtar, M., Othman, S., & Md Sabil, A. (2021). Penerokaan potensi Modul Permainan Peribahasa ADDIE terhadap penguasaan penulisan rumusan dalam talian Google Meet dan e-mel. Jurnal Sains Sosial dan Pendidikan Teknikal, 2(1), 86–98.  

He, Y. (2020). Constructive Error Climate: A classroom assessment technique in science classes. Journal of College Science Teaching, 49(4), 37-40. 

Hisamudin, N. A. I. (2019). Penggunaan kaedah didik hibur untuk pembelajaran Matematik dalam kalangan murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai [Tesis Ijazah Sarjana tidak diterbitkan]. Kuala Lumpur: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya.  

Ibrahim, D. A., Othman, A., & Talib, O. (2020). Pandangan pelajar dan guru terhadap tahap kesukaran tajuk-tajuk Kimia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 32–46.  

Ismail, A. A. K., Salleh, H., & Ali, R. (2020). Kesediaan siswa guru opsyen Sejarah melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan perisian TMK. Jurnal Telangkai Siswa, 138–153.  

Jajuli, N. A. (2018). Pembinaan dan keberkesanan pembaris garis nombor terhadap pencapaian operasi asas matematik dalam kalangan murid prasekolah [Tesis Ijazah Sarjana tidak diterbitkan]. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.  

Jaya, S., & Chua, Y. P. (2019). Kesan dimensi pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku bimbingan rakan peningkatan sekolah terhadap kompetensi kepimpinan pemimpin sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 6(3), 32–45.  

Kamarudin, K. A. & Ismail, M. (2019). Kesan muzik semasa aktiviti kegiatan jasmani terhadap mood murid-murid sekolah rendah. Malaysian Journal of Movement, Health & Exercise, 8(1), 45–56. 

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d). Keberkesanan. Dalam https://prpm.dbp.gov.my/. 

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d). Pencapaian. Dalam https://prpm.dbp.gov.my/. 

Laporan Kebangsaan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020).https://www.moe.gov.my/muat-turun/penerbitan-dan-jurnal/rujukan-akademik/3918-buku-laporan-timss-2019/file.  

Likert, R. (1932). A technique for the measurement of attitudes. Archives of Psychology, 140, 1–55.  

Moharam, M. M. A., Mokhtar, S., & Thia, K. (2021). Pendekatan kaedah interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam abad ke-21 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. Proceedings 5th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTDL) 2021. ResearchGate. 

Mohd  Salleh,  M.,  &  Mazlan,  A.  N.  (2022).  Student  perceptions  of  learning  physical education and health subjects online. Jurnal Sains Sukan &     Pendidikan Jasmani, 11, 8–13.  

Mohd Adnan, R., & Mohd Matore, M. E. E. (2019). Kesahan dan kebolehpercayaan Instrumen I-CGPKM menggunakan Model Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, 15(1), 1–14.  

Muhamad Damanhuri, M. I., Kumar, L. D. P., Borhan, M. T., Sani, S. S., & Taha, H. (2019). Evaluation of jigsaw puzzles in writing the chemical formula of ionic compounds among the 10th grade students. Journal of Physics: Conference Series, 1156(1). 

Ooi, C. H. (2018). Keberkesanan modul dalam meningkatkan penguasaan imbuhan meN dan peN dalam kalangan murid SJKC [Tesis Ijazah Doktor Falsafah tidak diterbitkan]. Perak: Universiti Putra Malaysia.  

Omar, I.M., Mamat, S., Sulaiman, S., & Ismail, N.A. (2021). Tahap pengetahuan teknologi, Kemahiran dan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pemudahcaraan komsas guru Bahasa Melayu di Kelantan. Jurnal Pendidikan Pendidikan. 8(1), 47-60. 

Osman, S. F. (2022). Faktor bahan bantu mengajar yang menyokong pengamalan pemikiran kritis guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Sains Insani, 8(1), 51–57.  

Pantun, R. (2016). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran. Proceeding of International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM – UMSIDA. Proceeding of The ICECRS.  

Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. (2023). Spesifikasi Kurikulum Kimia Tingkatan 4.  

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). https://www.moe.gov.my/.  

Ramli, M. Z. H., & Lee, T.T. (2023). Keberkesanan permainan Salt-UNO Card terhadap pencapaian konsep garam dan minat pelajar dalam pembelajaran kimia. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 13(2), 1-10. 

Resear, A. R. (2018). Improving the problems of writing chemical symbols, formulae and chemical equations an action research. Annals of Reviews and Research, 4(3). 

Rosdi, N. A. (2018). Kemahiran interpersonal guru terhadap sikap dan tahap motivasi pelajar dalam mata pelajaran Kimia di Cameron Highlands [Tesis Ijazah Sarjana tidak diterbitkan]. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.  

Rosli, S. F. N., Mhd Bakri, Y., & Abdullah, M. H. (2021). Persepsi guru pelatih terhadap penciptaan lirik lagu kanak-kanak Melayu Tradisional sebagai bahan pengajaran topik fotosintesis murid tingkatan satu. Jurnal Peradaban Melayu, 17(2), 22–29. 

Ruhizat, N. H. S. (2019). Penyelesaian masalah dalam persamaan kimia berdasarkan perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik [Tesis Ijazah Sarjana tidak diterbitkan]. Perak: Universiti Teknologi Malaysia.  

Saad, M. S., Sharif, S., & Mariappan, M. (2018). Pembangunan modul robot permainan topik respirasi sel menggunakan Model ADDIE. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(1), 55–73. 

Salleh, S. R. (2021). Pembangunan Modul My KAPS berasaskan nyanyian secara didik hibur bagi penerapan kemahiran sosioemosi kanak-kanak prasekolah [Tesis Ijazah Doktor Falsafah tidak diterbitkan]. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.  

Saper, M. N., Mohd Daud, N. A., & Ahmad, N. (2016) Kesahan dan kebolehpercayaan Modul I-Sc (Islamic Spiritual Counseling) ke atas pelajar bermasalah tingkah laku. International Journal of Islamic Thought, 9, 32–43.  

Sidek, M.N., & Jamaludin, A. (2005). Pembinaan Modul. Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit UPM. 

Sumarni, W. (2020). Understanding of chemical content in high school: Difficulties from the teacher’s perspective. Journal of Physics: Conference Series, 1567(4). 

Surip, N. A., Abdul Razak, K., & Tamuri, A. Halim. (2019). Kesahan Dan kebolehpercayaan instrumen pengurusan pendidikan dakwah di sekolah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 4(19), 108–118. 

Syah Salim I. & Hashim S. (2019). Masalah dan gaya pembelajaran pelajar terhadap subjek Kimia. Permasalahan dalam Pendidikan Sains dan Matematik, 143–172.  

Talanquer V. (2022). The complexity of reasoning about and with chemical representations. JACS Au, 2(12), 2658–2669.   

Ulfa, A. M., Wiji, W., & Mulyani, S. (2020). Conception, threshold concepts and troublesome knowledge in chemical reactions topic. Journal of Physics: Conference Series, 1521(4).  

Umam, K., Cahyono, R., & Ahmad Ridha, A. (2019). Effectiveness of training on constructivism learning methods to improve teaching skills self help material for early childhood education teachers. The International Journal of Indian Psychology, 7(3), 667–678. 

Voon, S. H., & Amran, M. S. (2021). Pengaplikasian teori pembelajaran Konstruktivisme dalam pembelajaran Matematik. Sains Insani, 6(2), 73–82.  

Yuen, F. H. & Kenny, S. L. C. (2022). Penerokaan strategi guru untuk menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar di dua buah sekolah vernakular cina, Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(3), 50–67.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.