UPSI Digital Repository (UDRep)

Fungsi bujam di kalangan masyarakat melayu Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus

AVAILABLE Thesis 1071 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Fungsi bujam di kalangan masyarakat melayu Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus
Type
Thesis
Main Author
Norshidah Abd Ghani
Subject
KPG Malaysia Law
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi tentang fungsi Bujam dalam masyarakat Melayu Kuala Pilah Negeri Sembilan Darul Khusus yang mengamalkan Adat Perpatih. Masyarakat Melayu Negeri Sembilan memang kaya dengan adat istiadat dan adat resam yang sudah menjadi satu warisan sejak turun temurun. Dalam kajian ini pengkaji hanya mengkaji fungsi Bujam di kalangan masyarakat Melayu Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kemungkinan di negeri lain perkataan "Bujam" tidak membawa makna atau erti apa-apa. Berbeza dengan masyarakat Negeri Sembilan, perkataan "Bujam" memberi erti yang begitu unik dan amat bermakna dalam satu-satu majlis tertentu seperti menjemput Dato' Lembaga, perubatan tradisional, adat peminangan dan menjemput pihak lelaki untuk kembali kepangkuan keluarga lelaki setelah isterinya meninggal dunia. Sehubungan dengan itu amat besar makna dan fungsinya ·'Bujam" di kalangan masyarakat Melayu Negeri Sembilan khasnya di Kuala Pilah. Selaras sebagai sebuah masyarakat yang berpegang kuat kepada adat istiadat yang diamalkan sejak turun­temurun, ungkapan seperti: Kampung nan bersudut  Sawah nan be,jenjang  Pucuk nan meliuk Pinang nan berjejer  Adat pusaka diadakan. Oleh yang demikian, adat pusaka ini memang satu keperluan yang mesti diamalkan selari dengan corak kehidupan seharian. 

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.