UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Amir Hashim
Title :Tinjauan kepentingan aplikasi reka bentuk instruksional danteknologi terhadap tahap kompetensi guru pendidikan seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2005
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi yang ada dan perlu ada pada guru-guru  Pendidikan Seni Visual dalam proses perancangan dan perlaksanaan pengajaran menggunakan Kaedah Reka  bentuk Instruksional dan Teknologi serta pengaplikasian Visual Grafik Komputer dan Multimedia dalam  pengajaran di sekolah. Untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran yang berkesan, guru-guru  Pendidikan Seni  Visual  (PSV)  perlu  mempunyai  kompetensi  yang  tinggi  dalam  proses  perancangan  dan perlaksanaan  pengajaran. Justeru  itu, mereka terlebih dahulu didedahkan dengan  pelbagai kaedah, teknik dan keperluan untuk menghasilkan modul pengajaran  bercirikan  interaktif  dan  penyerapan  visual  grafik  dan  multimedia bersama-sama.  Pelbagai  aspek  asas pembangunan   modul  pengajaran  interaktif didedahkan  kepada guru PSV sepanjang  kursus selama empat hari di  bawah bimbingan penyelidik. Atas faktor masa dan kos yang tinggi, guru-guru PSV hanya didedahkan  perkara asas pembangunan modul, tetapi mereka berjaya mencipta modul pengajaran  interaktif dan   multimedia dengan  baik. Kaedah  penyelidikan  yang digunakan berbentuk tinjauan menggunakan  pendekatan secara kualitatif. Objektif penyelidikan berjaya dicapai melalui kerjasama yang sangat  baik dan data diperolehi melalui tiga kaedah metodologi iaitu kaedah temu bual, pemerhatian dan  soal selidik (latar belakang sampel). Kaedah ini dipilih kerana dapat mempermudahkan proses  pengumpulan dan analisis data yang diperolehi sepanjang proses pembinaan modul pengajaran  interaktif. Responden terdiri daripada 40 orang guru Pendidikan Seni Visual dari Sekolah Menengah  Daerah Kinta, Perak. Dapatan kajian mendapati responden tidak memahami untuk mengintegrasi   teknologi instruksional dengan proses perancangan dan pelaksanaan pengajaran kerana faktor  kekurangan ilmu dan pengalaman berkaitan penggunaan ICT dan teknologi. Implikasi dari kajian, guru  PSV perlu memahami kesan penggunan teknologi kepada pelajar dan pengamatan guru PSV perlu meliputi  perubahan yang dibawa teknologi terhadap cara bekerja, cara berkomunikasi dan pemahaman tentang  perkembangan pengetahuan ICT. Guru perlu pendekatan baru dalam menggunakan alat teknologi dan  perisian yang pelbagai sebagai sebahagian daripada teknik pengajarannya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.