UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kompetensi yang ada dan perlu ada pada guru-guru
Pendidikan Seni Visual dalam proses perancangan dan perlaksanaan pengajaran menggunakan Kaedah Reka
bentuk Instruksional dan Teknologi serta pengaplikasian Visual Grafik Komputer dan Multimedia dalam
pengajaran di sekolah. Untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran yang berkesan, guru-guru
Pendidikan Seni Visual (PSV) perlu mempunyai kompetensi yang tinggi dalam proses
perancangan dan perlaksanaan pengajaran. Justeru itu, mereka terlebih dahulu didedahkan dengan
pelbagai kaedah, teknik dan keperluan untuk menghasilkan modul pengajaran bercirikan interaktif
dan penyerapan visual grafik dan multimedia bersama-sama. Pelbagai aspek asas pembangunan
modul pengajaran interaktif didedahkan kepada guru PSV sepanjang kursus selama empat hari di
bawah bimbingan penyelidik. Atas faktor masa dan kos yang tinggi, guru-guru PSV hanya didedahkan
perkara asas pembangunan modul, tetapi mereka berjaya mencipta modul pengajaran interaktif dan
multimedia dengan baik. Kaedah penyelidikan yang digunakan berbentuk tinjauan menggunakan
pendekatan secara kualitatif. Objektif penyelidikan berjaya dicapai melalui kerjasama yang sangat
baik dan data diperolehi melalui tiga kaedah metodologi iaitu kaedah temu bual, pemerhatian dan
soal selidik (latar belakang sampel). Kaedah ini dipilih kerana dapat mempermudahkan proses
pengumpulan dan analisis data yang diperolehi sepanjang proses pembinaan modul pengajaran
interaktif. Responden terdiri daripada 40 orang guru Pendidikan Seni Visual dari Sekolah Menengah
Daerah Kinta, Perak. Dapatan kajian mendapati responden tidak memahami untuk mengintegrasi
teknologi instruksional dengan proses perancangan dan pelaksanaan pengajaran kerana faktor
kekurangan ilmu dan pengalaman berkaitan penggunaan ICT dan teknologi. Implikasi dari kajian, guru
PSV perlu memahami kesan penggunan teknologi kepada pelajar dan pengamatan guru PSV perlu meliputi
perubahan yang dibawa teknologi terhadap cara bekerja, cara berkomunikasi dan pemahaman tentang
perkembangan pengetahuan ICT. Guru perlu pendekatan baru dalam menggunakan alat teknologi dan
perisian yang pelbagai sebagai sebahagian daripada teknik pengajarannya.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |