UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan kaedah strong and weak dalam meningkatkan pencapaian matematik dan minat murid dalam tajuk membundar sebarang nombor hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Responden kajian ini terdiri daripada murid Tahun 2 dari sebuah sekolah rendah di Daerah Petaling Perdana, Shah Alam. Sebanyak 30 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 15 orang responden kumpulan rawatan dan 15 orang responden kumpulan kawalan. Dua instrumen kajian telah digunakan dalam kajian ini iaitu ujian pencapaian dan soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi iaitu analisis deskriptif menjelaskan demografi responden kajian manakala analisis inferensi melibatkan ujian-t yang menerangkan perbezaan antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pasca kumpulan kawalan dan ujian pasca kumpulan rawatan. Analisis ujian-t berpasangan menunjukkan terdapat peningkatan tahap pencapaian dan minat matematik yang lebih tinggi setelah menggunakan kaedah strong and weak. Kajian ini memberi impak positif kepada murid, guru dan sekolah dalam meningkatkan pencapaian murid dalam subjek matematik. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah strong and weak telah meningkatkan pencapaian dan minat matematik murid Tahun 2 dalam tajuk membundar sebarang nombor hingga 1000 kepada puluh dan ratus yang terdekat.
Kata kunci: pencapaian, minat, membundar nombor, kuantitatif. |
References |
Anizah Othman. (2019) Penggunaan BUBUNDAR dalam membantu murid Tahun Empat membundar nombor bulat. Jurnal Penyelidikan Tindakan IPGK BL Tahun 2019, Jilid 13 (1). Asiahwati Awi. (2015). Tahap numerasi dan strategi penyelesaian masalah dalam bidang nombor bagi pelajar lepasan menengah. http://eprints.usm.my/30073/1/ASIAHWATI_AWI.pdf. Azian Niza Abdul Aziz, Siti Affiza Mohammad, & Zaharah Osman. (2021). Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Main Peranan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Peringkat PraSekolah. Jurnal Pendidikan Awal kanak-kanak Kebangsaan 10(2), 47-60. Connie Shin & Juppri. (2019). Kesan Kaedah Mengajar Terhadap Pencapaian Awal Matematik dalam Kalangan Kanak-kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Kanak- kanak Kebangsaan, Vol.8, 8-16. Chua, Y.P. (2010). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Edisi kedua. McGraw-Hill Education. ISBN: 978-967-5771-31-6. Chua, Y.P. (2011). Kaedah Penyelidikan. Selangor: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Gustyawan, T. (2019). Bermain Peran (Role-Play) dalam Pembelajaran Keterampilan Berbicara Bagi Pelajar Bipa Tingkat Pemula. Art and Design Journal 2(2), 65-68. Retrieved from https://e-journal.umaha.ac.id/index.php/deskovi/article/view/515/407. Halizah Ahmad. (2020) Rounding Windows: Reinforce Concepts of Rounding Numbers and Develop ICT Skills Among Special Needs (SEN). Global Conferences Series: Social Sciences, Education and Humanities (GCSSSEH), Volume 4 International Conference on Special Education In South East Asia Region 10th Series 2020 DOI: https://doi.org/10.32698/GCS-04322. Jole, D., & Kamariah Abu Bakar. (2022). The Using of ‘Caps Kit’ to Recognize Number 1 to 10 Among Preschool Children. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 11, 35-41. https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.sp.4.2022. Junaidah Jamaluddin, Norlaila Mohd Din, Mohamad Azmi Nias Ahmad, Faizan Abdul Jabar, Nur Syazwani Mohamad Fadzillah & Zuhariah Husin. (2016). Keberkesanan Kaedah Permainan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan Di Sekolah Menengah. Konferens Akademik Universiti Teknologi Mara, (July 2017), 53–57. Muhammad Safdar Bhatti. (2021). Teaching Speaking Skills through Role Play at Elementary Level: An Analysis. Jurnal Arbitrer 8(1), 93-100. Retrieved from http://arbitrer.fib.unand.ac.id/ index.php/arbitrer/article/view/241 Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad, Mazni & Talip, Roslee & Taat, Muhamad Suhaimi. (2020). Pengaruh Kualiti Pengajaran Dan Pembelajaran Terhadap Kepuasan Belajar Pelajar Kolej-Kolej Swasta Di Sabah. 102-119. Nur Anis Hidayah & Abdul Malim Masnan. (2020) Role-Play in Teaching English as Second Language in Early Childhood Education. Jurnal Pendidikan Awal Kanak kanak Kebangsaan, Special Issue (9), 143-151. Retrieved from https://www.researchgate.net/profile/Abdul-Halim- Nurdiana Tasripin & Kamariah Abu Bakar. (2018). Permainan Interaktif dalam Pembelajaran Pranombor dan Pendidikan Matematik Prasekolah. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (ISPEN2018), 136-141. Nur Syafiqah Isa & Mohd Imam Ma’arof, N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk Dan Teknologi. Sains Humanika, 10(3-3). https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-3.1519. Reney Pantun. (2016). Penggunaan teknik nyanyian dalam meningkatkan kefahaman murid Tahun 2 dalam topik pembundaran. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA. http://ojs.umsida.ac.id/index.php/icecrs. Suraya Othman. (2016). Meningkatkan kemahiran membundarkan nombor bulat dengan menggunakan ‘kit nombor’ dalam kalangan pelajar tingkatan 1 Prihatin. https://pdfslide.net/documents/meningkatkan-kemahiran-membundarkan-nomborbulat-dengan-menggunakan.html. Syahida Nadia Zakaria. (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme dan Pendekatan Tradisional dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu–JPBM (Malay Language Education Journal–MyLEJ). ISSN: 2180-4842. 12-21. http://journalarticle.ukm.my/9857/1/93-184-1-SM.pdf. Wong, W. T. and Mohd Matore, M. E. @ E. (2020) “Kemahiran Penyelesaian Masalah Berayat Matematik Melalui Model Bar: Sorotan Literatur Bersistematik”, Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(12), pp. 144 - 159. doi: 10.47405/mjssh.v5i12.569. Yusairi Othman & Nor Razana Ismail. (2018). Papan magnetik BuGaNo meningkatkan kemahiran murid membundar nombor. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2018. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |