UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan penyelidikan ini ialah mengenalpasti motif penglibatan dan corak orientasi matlamat di
kalangan pemain bola tampar sekolah menengah (N=192, 96 Ielaki dan 96 perempuan) di daerah Batang
Padang pada tahun 2004. Kajian juga meneliti perkaitan di antara kedua-dua pembolehubah.
Instrumen kajian menggunakan soal selidik 'Participation Motivation Questionnaire' (PMQ) dan
'Task Ego Orientation Sport Questionnaire' (TEOSQ). Data dianalisis menggunakan program SPSS Versi
11.0 dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif (peratus, kekerapan, min clan sisihan piawai)
dan statistik. inferensi (ujian-t dan Kolerasi Pearson). Dapatan kajian menunjukkan motif utama
penglibatan ialah faktor 'perkembangan kemahiran' dan 'kecergasan fizikal'. Hasil kajian .juga
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan motif penglibatan 'faktor
persekitaran'. Responden lebih cenderung kepada corak orientasi matlamat tugasan daripada matlamat
ego. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara corak orientasi matlamat
dengan dimensi utama motif 'pencapaian/status', 'semangat berpasukan ', ' perkembangan
kemahiran', 'persahabatan', 'keseronokan,. 'pembebasan tenaga' dan 'faktor persekitaran'
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |