UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HG Finance
Main Author :Hairul Azman Mohd Hata
Title :Hubungan di antara pengetahuan dan sikap pengurusan kewangan serta penghayatan agama dengan integriti guru besar di negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap integriti, pengetahuan  pengurusan kewangan dan penghayatan agama guru besar; hubungan di antara  penghayatan  agama   dengan  integriti  guru  besar;  hubungan  di  antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan  integriti guru besar; hubungan di antara pengetahuan  pengurusan kewangan dengan sikap terhadap  pengurusan kewangan; dan pengaruh pembolehubah bebas (penghayatan agama, pengetahuan pengurusan  kewangan atau sikap terhadap pengurusan kewangan) ke atas integriti guru besar. Sampel kajian  terdiri daripada responden seramai 227 orang guru besar yang telah dipilih secara rawak dari  sekolah rendah di negeri Perak. Set soal selidik yang mengandungi  IO item berkaitan demografi dan  57 item lagi berskala 5 likert telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Sebanyak empat  hipotesis nol telah dibentuk bagi kajian ini. Untuk tujuan pengujian hipotesis, kaedah statistik  Korelasi Pearson dan Regresi Berganda telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan tahap integriti  guru besar, tahap penghayatan agama  dan tahap pengetahuan pengurusan kewangan guru besar adalah  tinggi. Analisis Korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara  penghayatan agama dengan integriti guru besar (r= .333, p = 0.000);  hubungan yang signifikan dan positif di antara pengetahuan pengurusan kewangan  dengan integriti guru besar (r = .612, p = 0.000); dan terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan sikap  terhadap pengurusan kewangan (r = .552, p = 0.000). Analisis berganda pula menunjukkan semua  pembolehubah bebas (penghayatan agama, pengetahuan pengurusan kewangan atau sikap terhadap pengurusan kewangan) secara signifikan mempengaruhi  integriti guru besar. Implikasi kajian ini memberi pendedahan dan maklumat baru berkaitan  pengurusan kewangan sekolah khususnya di sekolah rendah dari segi pengetahuan pengurusan kewangan,  sikap terhadap pengwusan kewangan dan penghayatan agama di kalangan guru besar sekolah rendah serta  perkaitannya dengan  integriti.  Selain  itu  diharap  dapat  meningkatkan  kefahaman  dan  ilmu  pengetahuan setiap warga pendidik di negara ini tentang kepentingan integriti.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.