Hubungan di antara pengetahuan dan sikap pengurusan kewangan serta penghayatan agama dengan integriti guru besar di negeri Perak
Type
Thesis
Main Author
Hairul Azman Mohd Hata
Subject
HG Finance
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2012
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap integriti, pengetahuan
pengurusan kewangan dan penghayatan agama guru besar; hubungan di antara penghayatan agama
dengan integriti guru besar; hubungan di antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan
integriti guru besar; hubungan di antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan sikap terhadap
pengurusan kewangan; dan pengaruh pembolehubah bebas (penghayatan agama, pengetahuan pengurusan
kewangan atau sikap terhadap pengurusan kewangan) ke atas integriti guru besar. Sampel kajian
terdiri daripada responden seramai 227 orang guru besar yang telah dipilih secara rawak dari
sekolah rendah di negeri Perak. Set soal selidik yang mengandungi IO item berkaitan demografi dan
57 item lagi berskala 5 likert telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Sebanyak empat
hipotesis nol telah dibentuk bagi kajian ini. Untuk tujuan pengujian hipotesis, kaedah statistik
Korelasi Pearson dan Regresi Berganda telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan tahap integriti
guru besar, tahap penghayatan agama dan tahap pengetahuan pengurusan kewangan guru besar adalah
tinggi. Analisis Korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif di antara
penghayatan agama dengan integriti guru besar (r= .333, p = 0.000);
hubungan yang signifikan dan positif di antara pengetahuan pengurusan kewangan
dengan integriti guru besar (r = .612, p = 0.000); dan terdapat
hubungan yang signifikan dan positif di antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan sikap
terhadap pengurusan kewangan (r = .552, p = 0.000). Analisis berganda pula menunjukkan semua
pembolehubah bebas (penghayatan agama, pengetahuan
pengurusan kewangan atau sikap terhadap pengurusan kewangan) secara signifikan mempengaruhi
integriti guru besar. Implikasi kajian ini memberi pendedahan dan maklumat baru berkaitan
pengurusan kewangan sekolah khususnya di sekolah rendah dari segi pengetahuan pengurusan kewangan,
sikap terhadap pengwusan kewangan dan penghayatan agama di kalangan guru besar sekolah rendah serta
perkaitannya dengan integriti. Selain itu diharap dapat meningkatkan kefahaman dan ilmu
pengetahuan setiap warga pendidik di negara ini tentang kepentingan integriti.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.