UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Hairiah Munip
Title :Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam reka bentuk pengajaran berasaskan komputer : pengaruhnya terhadap pencapaian dan motivasi pelajar
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian  ini bertujuan melihat aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam rekabentuk bahan pengajaran  berasaskan komputer dan pengaruhnya terhadap pencapaian dalam topik fotosintesis dan motivasi  pelajar tingkatan empat.  Konsep awal pelajar  dikesan sebelum rawatan menggunakan  pendekatan  konstruktivisme berasaskan  komputer dijalankan.  Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan  dalam kajian ini. Responden terdiri dari 66 pelajar tingkatan empat aliran sains dari sebuah  sekolah dalam Daerah Krian. Kesan pendekatan konstruktivisme berasaskan komputer telah dianalisis  secara kuantitatif menggunakan ujian  pra dan ujian pos topik fotosintesis. Bahan pengajaran untuk  rawatan eksperimen terdiri dari perisian pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme yang  dibangunkan oleh penyelidik bagi memandu pelajar mengimplementasikan pendekatan konstruktivisme  dengan berkesan. Analisis kuantitatif menunjukkan  pelajar  yang  mengikuti  pengajaran   konstruktivisme  berasaskan  komputer memperolehi pencapaian lebih tinggi dalam ujian topik  foto!'=intesis berbanding pelajar yang mengikuti pengajaran sedia ada. Analisis ujian-t bagi min  skor peningkatan menunjukkan nilai t=5.852(df-=64), P = 0.000 (P < 0.05). Perbezaan yang signifikan  di antara kumpulan eksperimen dan kawalan juga tidak dipengaruhi oleh pencapaian ujian pra.  Analisis multivariat kovarians (MANCOVA)  terhadap aras item  ujian  mendapati  pelajar  yang   mengikuti  pengajaran konstruktivisme berasaskan komputer memperolehi pencapaian lebih baik pada  semua aras item ujian. Terdapat perbezaan yang signifikan  pada aras pengetahuan dengan nilai [F(l.63)=69.75,  P 0.05] dan aras merumus dengan nilai [F(0.001) = 0.009, P > 0.05]. Analisis multivariat (MANOV A) terhadap motivasi  pelajar pula mendapati pelajar yang mengikuti  pengajaran konstruktivisme berasaskan komputer mempunyai motivasi keseluruhan yang lebih  baik   semasa  pengajaran  berlangsung  berbanding  kumpulan  yang mengikuti pendekatan sedia ada.  Analisis MANOV A juga menunjukkan terdapat perbezaan motivasi yang signifikan di antara kumpulan eksperimen dan kawalan dengan nilai [F(0.362) = 4.699, P < 0.01].  Analisis kualitatif  konsep awal pelajar terhadap konsep fotosintesis menunjukkan kewujudan konsep alternatif  Perubahan konsep alternatif  kepada konsep saintifik lebih baik bagi  kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengajaran  yang   mengaplikasikan  pendekatan  konstruktivisme  dalam  rekabentuk  bahan pengajaran  berasaskan  komputer adalah lebih berkesan berbanding pendekatan sedia ada berdasarkan min skor peningkatan  ujian pos berbanding ujian pra dan pencapaian berdasarkan aras item ujian serta motivasi pelajar.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.