UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan melihat aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam rekabentuk bahan pengajaran
berasaskan komputer dan pengaruhnya terhadap pencapaian dalam topik fotosintesis dan motivasi
pelajar tingkatan empat. Konsep awal pelajar dikesan sebelum rawatan menggunakan pendekatan
konstruktivisme berasaskan komputer dijalankan. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan
dalam kajian ini. Responden terdiri dari 66 pelajar tingkatan empat aliran sains dari sebuah
sekolah dalam Daerah Krian. Kesan pendekatan konstruktivisme berasaskan komputer telah dianalisis
secara kuantitatif menggunakan ujian pra dan ujian pos topik fotosintesis. Bahan pengajaran untuk
rawatan eksperimen terdiri dari perisian pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme yang
dibangunkan oleh penyelidik bagi memandu pelajar mengimplementasikan pendekatan konstruktivisme
dengan berkesan. Analisis kuantitatif menunjukkan pelajar yang mengikuti pengajaran
konstruktivisme berasaskan komputer memperolehi pencapaian lebih tinggi dalam ujian topik
foto!'=intesis berbanding pelajar yang mengikuti pengajaran sedia ada. Analisis ujian-t bagi min
skor peningkatan menunjukkan nilai t=5.852(df-=64), P = 0.000 (P < 0.05). Perbezaan yang signifikan
di antara kumpulan eksperimen dan kawalan juga tidak dipengaruhi oleh pencapaian ujian pra.
Analisis multivariat kovarians (MANCOVA) terhadap aras item ujian mendapati pelajar yang
mengikuti pengajaran konstruktivisme berasaskan komputer memperolehi pencapaian lebih baik pada
semua aras item ujian. Terdapat perbezaan yang signifikan pada aras pengetahuan dengan nilai [F(l.63)=69.75,
P 0.05] dan aras merumus dengan nilai [F(0.001) = 0.009, P > 0.05].
Analisis multivariat (MANOV A) terhadap motivasi pelajar pula mendapati pelajar yang mengikuti
pengajaran konstruktivisme berasaskan komputer mempunyai motivasi keseluruhan yang lebih baik
semasa pengajaran berlangsung berbanding kumpulan yang mengikuti pendekatan sedia ada.
Analisis MANOV A juga menunjukkan terdapat perbezaan motivasi yang
signifikan di antara kumpulan eksperimen dan kawalan dengan nilai [F(0.362) = 4.699, P < 0.01].
Analisis kualitatif konsep awal pelajar terhadap konsep fotosintesis menunjukkan
kewujudan konsep alternatif Perubahan konsep alternatif kepada konsep saintifik lebih baik bagi
kumpulan eksperimen berbanding kumpulan kawalan. Kajian ini menyimpulkan bahawa pengajaran yang
mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme dalam rekabentuk bahan pengajaran berasaskan
komputer adalah lebih berkesan berbanding pendekatan sedia ada berdasarkan min skor peningkatan
ujian pos berbanding ujian pra dan pencapaian berdasarkan
aras item ujian serta motivasi pelajar.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |