UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring

AVAILABLE Thesis 1416 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkaitan antara orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih dengan prestasi pencapaian pasukan bola jaring
Type
Thesis
Main Author
Sarinah Kasbi
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti perkaitan orientasi matlamat pemain bola jaring, stail kepimpinan jurulatih yang ideal dan sebenar yang diamalkan jurulatih-jurulatih sekolah di Perak dengan prestasi pencapaian pasukan pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak 2012. Kajian ini juga mengenal pasti perkaitan faktor-faktor lain seperti umur dan pengalaman pemain dengan orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih. Data dikutip menerusi Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ), Leadership Scale for Sport (LSS) versi kegemaran (ideal) dan persepsi pemain. Responden kajian ialah populasi pemain bawah 15 dan bawah 18 tahun yang mara ke peringkat suku akhir kejohanan tahun 2012 (N= 144). Kaedah tinjauan dan reka bentuk persampelan bertujuan digunakan untuk kajian ini. Hasil kajian menunjukkan pemain bola jaring di MSS Perak untuk kedua-dua kategori mempunyai Orientasi Tugasan yang lebih tinggi berbanding Orientasi Ego. Stail kepimpinan jurulatih yang paling ideal bagi kedua-dua kategori pemain ialah Latihan dan Arahan diikuti Demokratik, Hubungan Sosial dan Maklum Balas Positif. Menurut persepsi pemain bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun pula, jurulatih sebenarnya mengamalkan stail Latihan dan Arahan diikuti Demokratik, Hubungan Sosial dan Maklum Balas Positif. Stail kepimpinan jurulatih berpusatkan Autokratik paling kurang ideal dan kurang diamalkan. Hasil ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara kedua-dua orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih yang ideal. Sebaliknya terdapat perbezaan signifikan bagi stail kepimpinan jurulatih sebenar dimensi Latihan dan Arahan. Analisis korelasi Pearson merumuskan, tidak terdapat perkaitan antara umur dan pengalaman dengan orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih ideal. Wujud perkaitan antara umur dengan stail kepimpinan sebenar dimensi Latihan dan Arahan. Tidak terdapat hubungan signifikan antara pengalaman dengan stail kepimpinan jurulatih sebenar. Terdapat perkaitan antara Orientasi Tugasan dan stail kepimpinan jurulatih sebenar dimensi Hubungan Sosial dengan prestasi pencapaian pasukan. Analisis regresi berganda pula menjelaskan orientasi matlamat dan stail kepimpinan jurulatih turut memberi sumbangan yang signifikan atas prestasi pemain. Dicadangkan jurulatih memberi penekanan terhadap pembentukan stail kepimpinan yang mampu memenuhi kehendak pasukan. Setiap jurulatih wajar menitikberatkan pembentukan orientasi matlamat yang jelas dan berupaya mempengaruhi kepuasan dan prestasi atletnya.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.