UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Suzilawati Shamsuddin
Title :Kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran biologi
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2007
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah  (PBM) terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan  pembelajaran Biologi berbanding pengajaran biasa (PB). Kajian ini juga mengumpul maklumat tentang  persepsi dan penerimaan pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam  pengajaran dan pembelajaran Biologi.  Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi  eksperimen yang melibatkan 76 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 37 dalam kumpulan rawatan dan 39  orang dalam kumpulan kawalan dan seorang guru Biologi dari sebuah sekolah di Daerah Kinta.   Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian dan soal selidik motivasi yang telah  diberikan kepada semua pelajar manakala data bagi persepsi dan penerimaan  guru dan pelajar  terhadap PBM diperolehi melalui soal selidik yang dikendalikan ke atas pelajar-pelajar dan guru  yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran  PBM sahaja. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian  keseluruhan pelajar-pelajar yang mengikuti PBM adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik  jika dibandingkan dengan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran biasa.  Walaubagaimanapun analisis  ANCOV A menunjukkan  perbezaan  pencapaian  keseluruhan  ini adalah  disumbang oleh dua aras sahaja iaitu pencapaian aras analisis dan penilaian. Dapatan kajian bagi  kemahiran proses sains menunjukkan kemahiran proses sains pelajar­ pelajar yang mengikuti PBM  adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik jika dibandingkan  dengan  kemahiran  proses   sains  pelajar-pelajar  yang  mengikuti pengajaran biasa. Analisis ANCOVA bagi kemahiran proses  sains pula menunjukkan terdapat  perbezaaan  secara  statistik  di  antara  pencapaian   pelajar-pelajar  yang mengikuti PBM dengan pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PB bagi aspek  membuat pemyataan masalah, membuat hipotesis dan menulis teknik. Dapatan kajian bagi tahap motivasi  menunjukkan terdapat perbezaaan yang signifikan secara statistik di antara komponen nilai  pembelajaran biologi, sasaran tingkah laku dan stimulasi persekitaran  pembelajaran  bagi   pelajar-pelajar  yang  mengikuti  PBM  dengan pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PB.   Pelajar dan guru menunjukkan respons penerimaan yang positif terhadap pelaksanaan pendekatan PBM di  dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.