UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Syaza Hazwani Zaini
Title :Penggunaan pusat akses sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2010
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian  Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan program  Pembestarian Sekolah. Oleh demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan Pusat  Akses Sekolah dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah Melaka Tengah, Melaka. Kajian ini  memfokuskan kepada literasi ICT murid, penggunaan Pusat Akses Sekolah dalam kalangan murid serta  sikap murid terhadap Pusat Akses Sekolah.   Kajian yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ini telah melibatkan sampel sebanyak  545 orang murid Tahun 5 yang terdiri daripada 263 orang murid lelaki dan 282 orang murid perempuan  dari 8 buah sekolah rendah di daerah Melaka Tengah,  Melaka.  Data kajian  telah dianalisa  menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS). Hasil analisa dapatan  kajian telah dihuraikan dalam bentuk statistik diskriptif iaitu taburan frekuensi, peratus, min dan  sisihan piawai manakala Ujian-t Tak Bersandar  dan  Ujian  Korelasi  Pearson  dijalankan  bagi   mengenalpasti perbezaan dan hubungan antara pembolehubah.   Hasil analisa kajian mendapati bahawa tahap literasi ICT murid dan tahap penggunaan  Pusat Akses  Sekolah dalam kalangan murid berada pada tahap sederhana. Seterusnya, sikap murid terhadap Pusat  Akses Sekolah adalah positif dan berada pada tahap tinggi. Analisa kajian turut mendapati bahawa  tidak terdapat perbezaan signifikan bagi min literasi ICT dan min sikap terhadap Pusat Akses  Sekolah antara murid sekolah rendah bandar dengan Iuar bandar manakala terdapat perbezaan  signifikan bagi min penggunaan Pusat Akses Sekolah antara kumpulan murid kedua-dua jenis sekolah tersebut.   Selain itu, terdapat perbezaan signifikan bagi min penggunaan Pusat Akses Sekolah dan sikap  terhadap Pusat Akses Sekolah antara murid lelaki dan perempuan manakala tidak terdapat perbezaan  signifikan bagi min literasi ICT antara kedua-dua gender tersebut. Seterusnya, analisa kajian turut  mendapati bahawa terdapat hubungan positif yang sederhana antara Iiterasi ICT murid dengan  penggunaan Pusat Akses Sekolah manakala terdapat hubungan positif yang Iemah antara sikap murid  terhadap penggunaan Pusat Akses Sekolah dengan penggunaan Pusat Akses Sekolah.   Kajian ini diharap akan mendapat perhatian Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan pelaksanaan Pusat Akses Sekolah dapat dimanfaatkan secara optimum agar pembudayaan ICT di sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.