UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Lucy Rossy Sylvester
Title :Analisis keperluan penguasaan pendidikan jasmani dalam pengajaran komponen perkembangan fizikal dalam kalangan guru Tabika Kemas
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Pengajaran Komponen Perkembangan Fizikal di peringkat prasekolah memerlukan penguasaan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Jasmani seseorang guru. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keperluan penguasaan Pendidikan Jasmani dalam kalangan guru TABIKA KEMAS. Sampel kajian adalah guru-guru TABIKA KEMAS dalam perkhidmatan yang sedang mengikuti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) iaitu Kursus Dalam Cuti (KDC). Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik Rossy Physical Education Knowledge And Skills Onestionnaire (Rossy PEKSO). Sampel kajian ini bcrjumlah 46 orang berdasarkan enrolmen di Instilut Perguruan Balu Lintang. Kuching (IPBL) dan Inslitut Perguruan Tun Abdul Razak. Kota Samarahan (IPTAR). Instrumen kajian menggunakan soal selidik 5 poin skala Likert dengan pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.92 - 0.96. Analisis soal selidik mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru-guru TABIKA KEMAS ini berada pada tahap rendah. Ini dapat dilihal dengan nilai min pengelahuan 2.88 dan kemahiran 2.84. Tahap keperluan pengetahuan Pendidikan Jasmani dikenalpasti melalui perbezaan nilai min anatara tahap pengetahuan sedia dan tahap pengetahuan perlu ada. manakala tahap keperluan kemahiran Pendidikan Jasmani dikenalpasti melalui perbezaan nilai min antara tahap kemahiran sedia ada dan tahap pengetahuan perlu ada. Dapatan menunjukkan tahap keperluan pengetahuan adalah sangat besar dengan nilai jurang min adalah 1.60 dan tahap keperluan kemahiran dengan jurang nilai min 1.67. Kajian mengesyorkan satu program latihan tersusun dan komprehensif perlu dilaksanakan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya aspek penilaian Pendidikan Jasmani guru-guru TABIKA KEMAS dan guru-guru prasekolah dalam perkhidmatan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.