UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :QD Chemistry
Main Author :Chok, Wei Haw
Title :Pembangunan dan keberkesanan komik ELEMENTAL-ONE dalam standard pembelajaran unsur kumpulan 1 bagi pelajar tingkatan empat
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan komik ELEMENTAL-ONE mengenai topik unsur kumpulan satu dalam jadual berkala unsur dalam subjek kimia bagi tingkatan 4 dan menilai keberkesanan penggunaan komik ELEMENTAL-ONE ini dalam kalangan pelajar tingkatan 4. Terdapat dua persoalan kajian yang dijawab: a) Adakah Komik ELEMENTAL-ONE dalam Standard Pembelajaran Unsur Kumpulan 1 bagi Pelajar Tingkatan Empat mempunyai kesahan muka dan kandungan yang baik? (b) Adakah Komik ELEMENTAL-ONE dalam Standard Pembelajaran Unsur Kumpulan 1 bagi Pelajar Tingkatan Empat dapat meningkatkan pencapaian pelajar? Sebanyak 30 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 yang mengambil subjek kimia terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian adalah borang kesahan pakar dan soalan pra ujian dan pos ujian. Data daripada borang kesahan pakar dianalisis melalui peratus persetujuan pakar manakala dapatan pra ujian & pos ujian dianalisis secara inferensi (melalui ujian-t) untuk menilai keberkesanan komik ELEMENTAL-ONE dengan menggunakan perisian (SPSS) versi 27. Dapatan bagi nilai kesahan muka dan kandungan yang dibangun ialah 96.43% dan 93.75%. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan tahap pencapaian pra ujian dan pos ujian bagi kumpulan rawatan. Melalui hasil dapatan kajian didapati bahawa min skor bagi kumpulan rawatan telah meningkat sebanyak 2.06 setelah rawatan diberi. Selain itu, nilai kebarangkalian, p bagi pra ujian dan pos ujian bagi kumpulan rawatan ialah 0.001 iaitu iaitu lebih kecil daripada nilai signifikan alpha, ɑ (p < 0.05). Maka, hipotesis null iaitu tiada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pra ujian dan pos ujian kumpulan rawatan ditolak. Oleh itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara pra ujian dan pos ujian kumpulan rawatan yang menggunakan komik digital yang dibangun sebagai bahan bantu mengajar. Kesimpulannya, komik ELEMENTAL-ONE mempunyai kesahan yang baik dan berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam standard pembelajaran unsur Kumpulan 1. Implikasinya, komik ELEMENTAL-ONE dapat membantu pelajar untuk lebih senang memahami standard pembelajaran ini dengan gambar, dialog serta jalan cerita yang terdapat dalam komik digital.

References

Abdul Halim Nasa & Norshidah Mohamad Salleh (2017). Penggunaan komik dalam pengajaran terhadap kemahiran komunikasi murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2(2): 11-18. 

 

Afiqah Fakhriah Fauzi & Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah. (2017).  Pembinaan kit poligon sebagai bahan bantu mengajar dalam topik poligon asas tingkatan satu. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 1(11), 88-94. 

 

Alizah Lambri & Zamri Mahamood. (2019). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa melayu menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(33), 78-94. 

 

Bernard Tahim Bael, Suppiah Nachiappan & Maslinda Pungut. (2021). Analisis kesediaan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, pengajaran dan pemudahcaraan abad ke 21. Muallim Journal of Social Science and Humanities, 5(1), 100-119. 

 

Bond,T. G. & Fox, C. M. (2015). Applying the Rasch Model FundamentalMeasurement in the Human Sciences. London: Routledge. 

 

Chitra Devi Raja Krishnan, and Radin Siti Aishah Radin A Rahman, and Norasmah Othman, (2022) Keberkesanan modul komik mata pelajaran Perniagaan tingkatan 4. AKADEMIKA, 92 ((SI)). pp. 163-178. 

 

Chua Yan Piaw. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan-Asas Statistik Penyelidikan (Buku 2), Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education. 

 

Dani Asmadi Ibrahim, Azraai Othman & Othman Tali. (2015). Pandangan pelajar dan guru terhadap tahap kesukaran tajuk-tajuk kimia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(4), 32-46.  

 

Della Novtasya Arfysta Puri, Epinur & Muhaimin. (2019). Development of e-magazine chemical equilibrium material in sman1 jambi city. Journal of The Indonesian Society of Integrated Chemistry, 1(11), 10-18. 

 

Erdawati Nurdin, et.al. (2020). Development of Comic Mathematics Learning Media Based on Contextual Approaches. Jurnal Ilmiah Pendidikan Matematika,8(2), 85-97. 

 

Esther Rani Doraiseriyan & Muhd Ibrahim Muhamad Damanhuri. (2021). Tinjauan keperluan terhadap pembinaan permainan dalam pembelajaran tajuk garam bagi pelajar tingkatan 4. 

 

Exsa Rahmah Novianti & Ananda Putra. (2020). Development of Chemistry Comics as AlternativeLearning Media on Electrolyte and Non Electrolyte Solution for Grade X SMA. International Journal of Research and Review, 7(9), 25-34. 

 

Faizah Ja'afar. (2017). Bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) daerah Pontian. [Tesis]. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. 

 

Fauzi, A. F., & Abdullah, M. F. N. L. (2021). Construction of a Polygon Kit as a Teaching Aid in the Topic of Basic Polygons Form One. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 88-94. 

 

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. 

 

Jenny Sisqa Andriyani. (2022). Pengembangan bahan ajar matematika e-komikdalam meningkatkan kemampuan pemecahan masalah pada materi himpunan kelas vii SMP. [Tesis Sarjana Muda]. Universitas Islam Negeri Fatmawati Sukarnobengkulu. 

 

Karen Guob. (2020). Aplikasi komik toondoo dalam pengajaran dan pemudahcaraan gaya bahasa puisi melayu moden. [Tesis Sarjana Muda]. Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=7142 

 

Kaviza, M, Shaharudin Saad & Asiah Dahaman. (2021). Kesan Pembelajaran Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Google Classroom Terhadap Penguasaan Pengetahuan Sejarah. Journal of ICT in Education 8 (1), 92-103. 

 

Mad Noor Madjapuni.  (2019). Kemahiran berfikir kritis melalui permainan digital dalam persekitaran pembelajaran konstruktivisme sosial.  

Mohamed Nazreen Shahul Hamid & Muhammad Nur Saiful Ghazali. (2021). E-komik Hikayat Patani: Putera Pewaris Kerajaan (satu analisis tekstual, kepentingan dan cabaran).  Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, 37(2), 171-194. 

 

Mohd Suhaimi Omar, Noor Shah Saad & Mohd. Uzi Dollah. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains &Matematik Malaysia, 7(1), 32-26. 

 

Ngui, C.C & Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Penggunaan kaedah Visualisasi dalam pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata bahasa inggeris. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 444-449. 

 

Noorsyahirah Mohd Noor. (2020). Permainan flash card ion dalam meningkatkan kefahaman asas murid tingkatan 5 dalam topik formula kimia. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(3), 353-364. 

 

Norazilawati Abdullah et al. (2018). Pembangunan komik STEM tahun satu untuk mata pelajaran sains dan matematik. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 8(2), 86-96. 

 

Nur Anissa Syamira Yousri. (2021). Pembangunan e-komik dalam pembelajaran bagi subtopik sistem pencernaan manusia bagi mata pelajaran biologi tingkatan 4. [Tesis Sarjana Muda]. Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=6222 

 

Nurhidayah Mohd Hasidin & Mohd Isa Hamzah. (2020). Perubahan taraf hidup masyarakat:impak terhadap aspek pendidikan dan teknologi. Sistem Pengurusan Artikel dan Jurnal UKM. https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/26 

 

Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz & Nordin Mamat. (2018, August). Modul peningkatan efikasi mengajar bahasa inggeris (mpebi) guru pendidikan awal kanak-kanak : kajian rintis. [Sesi persidangan]. 4th International Conference on Teacher Learning and Development 2018 (ICTLD 2018), Hotel Royale Chulan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. 

 

Ratna Mohd Razali & Adenan Ayob. Keberkesanan penggunaan modul interaktif terhadap pencapaian membaca murid pemulihan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3(19), 34-56. 

 

Ruhizan Mohammad Yasin & Tan S.W. (2021). Pembelajaran berasaskan komik: satu kajian sistematik review dan meta analisis. 

 

Samruhaizad Samian @ Samion & Azahan Awang. (2017). Pendidikan sebagai komponen kualiti hidup masyarakat pinggir bandar. Asian Journal of Environment. History and Heritage, 1(1), 267-280. 

 

Sharifah Zarina Syed Zakaria, Raja Nur Amirah Raja Abu Bakar & Muhammad Rizal Razman. (2020). Pendidikan sains dan kelestarian alam sekitar. Jurnal Arkeologi Malaysia. 6(khas), 51-57. 

 

Siti Fatimah Salleh & Jamalludin Harun. (2019). Pembelajaran berasaskan masalah menerusi teknologi web 2.0 dalam mata pelajaran sains dan kesannya terhadap tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 15–29. 

 

Siti Zaharah Mohid, et.al. (2015, Jun 8-9). Reka Bentuk Dan Pembangunan Komik Digital Interaktif Dalam Pendidikan [Sesi persidangan]. International Conference on Information Technology & Society, Kuala Lumpur, Malaysia. 

 

Udayani, N. K. R. T. K., Wibawa, I. M. C., & Rati, N. W. (2021). Development of E-Comic Learning Media on the Topic of the Human Digestive System. Journal of Education Technology, 5(3), 472–481.  

 

Voon, S.H & Amran, M.S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme Dalam Pembelajaran Matematik. Sains Insani 2021, 6(2), 73-82. 

 

Wan Norisah Mohd Radzi. (2020). Penerapan bahan pendidikan komik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan prosa tradisional komsas. [Tesis]. Universiti Pendidikan Sultan Idris. https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8747 

 

Wiwik Akhirul Aeni & Ade Yusupa. (2018). Model media pembelajaran e-komik untuk SMA. Jurnal Teknologi Pendidikan, 6(1), 43-59. 

 

Zulfa Nebilah Tsuroyya, Luki Yunita & Munasprianto Ramli. (2022). Kondisi prokrastinasi akademik mahasiswa pada adaptasi kebiasaan baru di program studi pendidikan kimia. Dalton: Jurnal Pendidikan Kimia dan Ilmu Kimia, 6(2), 79-87. 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.