UPSI Digital Repository (UDRep)

Tinjauan tahap kesediaan guru kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari 2026

AVAILABLE Final Year Project 627 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Tinjauan tahap kesediaan guru kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari 2026
Type
Final Year Project
Main Author
Nurul Izzati Mohd Riza
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan perubahan pada permulaan takwim persekolahan daripada Januari kepada Mac mulai tahun 2021. Pada tahun 2026, Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan takwim akan dikembalikan kepada Januari. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari dari aspek pengetahuan dan kebimbangan. Reka bentuk kajian ialah kajian tinjauan. Sampel adalah dalam kalangan guru sebuah sekolah swasta di Kelantan. Jumlah sampel kajian sebenar ialah seramai 100 responden. Kesahan soal selidik telah dinilai oleh dua orang pakar dengan mendapat nilai purata 90% persetujuan. Nilai purata Alfa Cronbach kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.9. Analisis statistik deskriptif dengan min dan sisihan piawai telah dilakukan menggunakan perisian SPSS versi 27. Kajian ini mendapati tahap kesediaan guru dari segi pengetahuan berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.58 (S.P=0.346) manakala tahap kesediaan guru untuk kembali mengajar dari aspek kebimbangan berada pada tahap yang rendah berdasarkan nilai min iaitu 2.50 (S.P=0.861). Ini menunjukkan responden mengetahui tentang perubahan yang akan berlaku dan mereka tidak bimbang dengan perubahan yang akan berlaku. Kesimpulannya, tahap kesediaan guru untuk kembali mengajar bagi sesi persekolahan bermula Januari mendapati bahawa guru-guru tidak bimbang dan bersedia untuk kembali mengajar jika sesi persekolahan diubah semula kepada Januari. Implikasi kajian ini ialah takwim persekolahan yang dikembalikan kepada Januari dapat memudahkan dan menyelaraskan perancangan pelbagai pihak termasuk sekolah, guru dan ibu bapa terutama dalam meminimumkan impak keseluruhan seperti banjir semasa persediaan SPM.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.