UPSI Digital Repository (UDRep)

Kajian eksperimen kuasi permainan Uno Bond Kit bagi ikatan Kimia

AVAILABLE Final Year Project 507 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Kajian eksperimen kuasi permainan Uno Bond Kit bagi ikatan Kimia
Type
Final Year Project
Main Author
Rosmawanis Rusdy
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini adalah kajian eksperimen kuasi yang bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan Uno Bond Kit (UBK) terhadap topik ikatan kimia. Sampel kajian ini terdiri daripada 36 orang murid tingkatan empat dari sebuah sekolah di Rawang, Selangor. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif menggunakan instrumen praujian dan pascaujian. Dapatan kajian dianalisis menggunakan SPSS versi 24. Hasil daripada kajian ini menunjukkan min pencapaian murid dilihat meningkat selepas pembelajaran menggunakan UBK berbanding dengan min pencapaian murid sebelum pembelajaran menggunakan UBK. Manakala nilai z dan signifikan praujian bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah Z= -1.897, sig=0.058 (p > 0.05) bagi H01, nilai z dan signifikan pascaujian bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan adalah Z= -3.051, sig= 0.002 (p < 0.05) bagi H02, nilai signifikan praujian dan pascaujian bagi kumpulan rawatan adalah Z= -3.307, sig= 0.001 (p < 0.05) bagi H03 dan nilai signifikan praujian dan pascaujian bagi kumpulan kawalan adalah Z= -3.357, sig= 0.001 (p < 0.05) bagi H04. Menerusi ujian Wilcoxon yang dijalankan hanya H01 sahaja yang diterima manakala H02, H03 dan H04 ditolak. Hal ini membuktikan bahawa permainan UBK membantu meningkatkan kefahaman murid tingkatan empat bagi topik ikatan kimia. Murid juga dapat menepis stereotaip bahawa kimia merupakan matapelajaran yang susah dan membosankan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.