UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Bahan pembelajaran alternatif khususnya dalam topik Termokimia adalah sangat
sedikit dibangunkan di Malaysia. Disebabkan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
membangunkan e-Modul Thermo-Q bagi standard kandungan haba tindak balas
terhadap pelajar Tingkatan 5 serta mengenalpasti kebolehgunaan e-Modul Thermo-Q.
Kajian ini merupakan kajian pembangunan dengan berpandukan reka bentuk model
ADDIE. Kesahan kandungan, kesahan muka dan kesahan konstruk soal selidik telah
disahkan oleh dua orang pakar daripada Jabatan Kimia di Universiti Pendidikan Sultan
Idris, UPSI. Sampel kajian adalah melibatkan seramai 109 pelajar Tingkatan 5 aliran
Sains di SMK Seksyen 7 Shah Alam dimana seramai 30 pelajar terlibat dalam kajian
rintis untuk mengenalpasti kebolehpercayaan e-modul manakala 79 orang pelajar
terlibat dalam kajian sebenar untuk mengenalpasti kebolehgunaan e-modul. Analisis
data bagi kesahan instrumen adalah menggunakan peratus kesahan pakar yang telah
mendapat kesahan yang baik di mana kesahan kandungan merekodkan peratus
persetujuan sebanyak 75.78%, kesahan muka merekodkan peratus persetujuan
sebanyak 85.42% dan kesahan konstruk soal selidik merekodkan peratus persetujuan
sebanyak 95.31%. Cronbach’s Alpha pula digunakan untuk menganalisis kajian rintis
dan telah mendapat nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu sebanyak (0.88). Analisis
deskriptif skor min dan sisihan piawai, SP yang telah digunakan bagi data kajian
sebenar juga telah mendapat nilai kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan aspek
kebergunaan (min = 3.60, SP = 0.49), kemudahan (min = 3.52, SP = 0.50), reka bentuk
(min = 3.63, SP = 0.49) dan kepuasan (min = 3.70, SP = 0.46). Kajian ini berjaya
dibangunkan dan mendapat keputusan yang positif terhadap kesahan instrumen,
kebolehpercayaan dan kebolehgunaan. Implikasi kajian ialah e-modul berpotensi
digunakan sebagai bahan bantu belajar bagi standard kandungan haba tindak balas
sesuai dengan proses pembelajaran dan pengajaran ketika ini yang lebih santai dan
bersifat kendiri. Namun, antara cadangan penambahbaikan adalah meluaskan lagi
populasi kajian untuk mendapatkan data persepsi kebolehgunaan e-Modul Thermo-Q
yang lebih bervariasi. |
References |
Aldwinarta, F. H., Rita Nurdiana, & Oktavia Sulistina. (2023). Media Pembelajaran Berbasis AI Chatbot pada Materi Termokimia di SMA Apakah Dibutuhkan?. Jurnal Inovasi Pendidikan Kimia, 18(1), 1-6. Anderson, T., Garrison, R., & Archer, W. (2020). A Critical Look at Educatioal Technology From a Distance Educational Perspective. Digital Education Review, 37(1), 208-229. https://diposit.ub.edu/dspace/bitstream/2445/172738/1/704155.pdf Butnaru, G. I., Nit, V., Anichiti, A., & Brinza, G. (2021). The Effectiveness of Online Education during Covid 19 Pandemic—A Comparative Analysis between the Perceptions of Academic Students and High School Students from Romania. MDPI. Cahya, A. P., Prodjosantoso, A. K., & Wiyarsi, A. (2019). Model Mental Calon Guru Kimia pada Konsep Tetapan Kesetimbangan dan Derajat Sisosiasi. Jurnal Kependidikan, 3(1), 24-29. Chua, Y. P. (2013). Mastering research statistic. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn.Bhd. Dartia Utari, Noor Fadiawati, & Lisa Tania. (2020). Kemampuan Representasi Siswa pada Materi Kesetimbangan Kimia Menggunakan Animasi Berbasis Representasi Kimia. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Kimia, 6(3), 414-426. Delvi, K. S. (2019). Constructivist Approch to Learning Based on the Concepts of Jean Piaget and Lev Vygotsky Analytical Overview. Journal of Indian Education, 44(4), 228-241. Dewan Bahasa & Pustaka. (2003). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 2007. Dilkhumor, O. (2022). Advantages, Disadvantages of tradisional and distances learning in 21st centery. Science and innovation internation science journalo, 1(5), 541-552. Ejimonye, J. C., Eneogu, N. D., & Omaliko, J. C. (2021). Survey of The determinant of Effective e-Learning Education in Nigeria Secodary Schools : Away of Improving Economics Learning and Social Development in Post Covid-19. International Joural of Mechanical and Production Engenering Research and Development (IJMPERD), 11(3), 247-256. Elvarita, A., Tuti, I., & Handoyo, S. S. (2020). Pengembangan Bahan Bantu Mengajar Mekanika Berbasis E-modul pada Program Studi Pendidikan Teknik Bangunan. Jurnal Pendidikan Teknik Sipil (JPenSil), 9(1). 1-7. http://journal.unj.ac.id/unj/index.php/jpensi Erna Suryani, Mustafa, P. S, & Roesdiyanto. (2021). Penerapan Teori Belajar Konstruktivisme Melalui Model PAKEM dalam Permainan Bolavoli pada Sekolah Menengah Pertama. Jurnal Jendela Olahraga, 6(1), 94-99. Hazura Rahim, Izham Hamzah, & Yusof Noor. (2019). Kepimpinan Transformasi School Improvement Partner (Sipartner+) dan Proses Coaching dalam Pembangunan Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 32(1), 41-65. http://eprints.iab.edu.my/v2/1072/1/1%20%20JurnaLJld%2032%202019%20%20Artikel%205.pdf Hemayanti, L. W., Muderawan, L. N., & Selamat. (2020). Analisis Minat Belajar Siswa Kelas XI MIA pada Mata Pelajaran Kimia. Jurnal Pendidikan Kimia, 4(1), 12-19. Isti Qotimah, & Mulyadi, D. (2021). Kriteria Pengembangan E-Modul Interaktif dalam Pembelajaran Jarak Jauh. Indonesian Journal of Learning Education and Counseling, 4(2), 125-131. Johanson, G. A., & Brooks, G. P. (2010). Initial scale development: sample size for pilot studies. SAGE Publications. Junia, I. (2023). E-Modul Iteraktif Berbasis Profil Pelajar Pancasila Pada Masa Pelajar IPAS Materi Kekayaan Budaya Indonesia Bagi Siswa Kelas IV SD. Mimbar PGSD Undiksha, 3(2), 150-243. Kinanthi Kusuma Putri. (2023). Pembangunan E-modul Matematika dengan Pendekatan Realistic pengembangan Education (RME) pada Materi Sistem Persamaan Linear Dua Variabel Kelas VIII. Jurnal Review Pembelajaran Matematika, 4(1), 58–7. Kotler, P., & Keller, K. L. (2012). Marketing management (14th ed.). Pearson. Kotiash, I., Shechuk, I., Borysonok, M., Matciienko, I., Popov, M., Terekhov, V., & Kuchai, O. (2022). Possibilities of Using Multimedia Technologies in Education. International Journal of Computer Science and Network Security, 22(6), 727-731. https://www.researchgate.net/profile/OleksandrKuchai/publication/364651192_Possibilities_of_Using_Multimedia_Technologies_in_Education/links/6355572896e83c26eb487bb1/Possibilities-of-Using-Multimedia-Technologies-in-Education.pdf Krejcie, R. V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30(1), 607-610. Kudratova Umida, & Rakhmatovna. (2023). Analysis of Traditional, Technological and Postmodernist Tendencies of the Modern Education System. Eurasian Research Billetin, 16(2), 73-77. Lea, D., & Bradbery, J. (2024). Oxford Advanced Learner’s Dictionary (10th ed.). Oxford University Press. Linawati, & Wijaya. (2022). The Moderator Effect of Financial Apps on the Relationship Between Financial Education and Financial Capability. International Journal of Financial and Investment Studies (IJFIS), 3(1), 1–8. https://doi.org/10.9744/ijfis.3.1.1-8 Mack, Z., & Sharples, S. (2009). The importance of usability in product choice: a mobile phone case study. Ergonomics, 52(12), 1514-1528. Martatiyana, D. R., Usman, H., & Hasana, D. L. (2023). Application of The ADDIE Model in Designung Digital Teaching Materials. Education and teaching primary school teachers, 6(1), 105-109. Martin, S. N., Afriani, N., Haris, M., Salavas, L. R. T., Baiq, F. D. S. (2022). Pengaruh Modul Elektronik Kimia terhadap Hasil Belajar Siswa Kelas XIMIPA SMAN 1 Jonggat pada Materi Termokimia. Jurnal Ilmiah Profesi Pendidikan, 7(1), 84-88. Messick & Samuel. (1990). Validity of Test Interpretation and Use. Educational Testing Service. Nabhan, G., Alkhawai, N., Qulubi, T., Hafiz, A. I., & Sri Muyanti. (2022). Tren Perkembangan Pembelajaran Termokimia dalam Lima Tahun Terakhir. Prosiding Seminar Nasional. http://publishing.oppsi.or.id/index.php/SN/article/view/12 Nadhilah Abdul Pisal, & Kamarul Shukri Mat Teh. (2019). Kajian Rintis Stratergi Pembelajaran Kemahiran Berbahasa Arab. Journal Scinces and Huminities, 16(7), 1-12. http://journalarticle.ukm.my/20053/1/34388-107243-1-SM.pdf Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric Theory (3rd ed.). New York: McGraw-Hill. Nurhamidah, Rina Anjelina, & Elvinawati. (2021). Studi Perbandingan Hasul Belajar Kimia Siswa Menggunakan Model Pembelajaran Probelm Based Learning, PBL dan Discovery Learning Pada Materi Larutan Penyangga. Jurnal Pendidikan dan Ilmu Kimia, 5(1), 27-34. Nur Shafinaz, Ahmad Shakir, Nor Hafizah Adnan. (2020). Kebolehgunaan Massive Open Online Course (MOOC) sebagai E-Pembelajaran dalam Pengajaran Pengaturcaraan di Sekolah Menengah. Malaysi Journal of social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 112-117. Nur Zaitul Akmar Mohamad, Nurahimah Mohd Yusoff, & Norliza Kushairi. (2022). Pengendalian Kerja Amali dan Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Mata Pelajaran Kimia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(1), 161-174. Oktaviani, A., Anom, K., & Lesmini, B. (2020). Pengembangan Modul Kimia Terintegrasi STEM (Science, Technology, Engenering and Mathematics) dan PBL (Problem Based Learning). Journol of Educational Chemistry, 2(2), 41-45. Pakdaman, M., Moghadam, M. N., Dehghan, H. R., Dehghani, A., & Namayandeh, M. (2019). Evaluation of The Cost-effectiveness of Virtual and Tradisional Education Models in Higher Education: A Systematic Review. Health Tech, 3(1), 1-6. Panessai, I. Y., Husin, M. R., Ahmad, H., & Mansor, M. S. F. (2019). Pembangunan Modul Interaktif Pengukuran Kendiri Guru Terhadap Tahap Kegunaan Harian Kandungan Pelajaran. Journal of ICT in Education (JICTIE), 1(6), 58-65. Purwanto, A., Muktiningsih, & Tantaruna, J. E. (2020). Pengembangan e-Modul Elektrokimia Terintegrasi Lingkungan Berbasis Kontekstual untuk SMK Kompetensi Keahlian Teknik Otomotif. Jurnal Riset Pendidikan Kimia, 10(1), 18-26. Rahmatania, F., Andromeda, & Rahim, F. R. (2021). Efektivitas Penggunaan Modul Termokimia Berbasis Inkuiri Terbimbing Terintegrasi Eksperimen Terhadap Hasil Belajar Peserta Didik. Jurnal Ilmiah Kependidikan, 1(1), 23-30. Ramlee Mustapha. (1999). The Role of Vocational and Technical Education in the Industrialization of Malaysia as Perceived by Educators and Employers. Tesis PhD. Tidak diterbitkan. Purdue University. Rashidshah, S., & Al-Bargi, A. (2013). Research Paradigms: Researchers’ Worldviews, Theoretical Frameworks and Study Designs. Journal international peer reviewed journal, 4(4), 252-264. Riduwan. (2012). Skala pengukuran variable-variable: Penelitian. Bandung. Rodiah Idris, Siti Rahayah, Ariffin Noriah, & Mohd Ishak. (2009). Pengaruh Kemahiran Generik dalam Kemahiran Pemikiran Kritikal, Penyelesaian Masalah dan Komunikasi Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Malaysian Journal of Learning and Instruction, 6(1), 103-140. Rosfuzah, Roslan, Ahmad Fauzi, Mohd Ayub, Norliza, Ghazali, Nurul Nadwa, & Zulkifli. (2021). The Development of a Collaborated Gamified E-Quiz andStrategy Game Mobile Application to Increase Students’Motivation and Continuance Usage Intention. Jounal of Social Science Humanities, 2(2), 74-81. Saad, H. M., & Rajamanickam, R. (2021). Maqasid Memelihara Akal (Hifz al-‘Aql) dan Hubungannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam, 43(1), 93-104. https://doi.org/10.17576/islamiyyat-2021-43IK-08 Safitri, N. A., Elvinawati, & Rohiat, S. (2022). Pengembangan e-Modul Kimia Menggunakan Aplikasi Flip Pdf Corporate Edition pada Materi Larutan Penyangga. Jurnal Pendidikan dan Ilmu Kimia, 6(1) , 52-57. Sheau, T. C., Kohb, D., Yusuf Fahmi Mohd Nazric, Fauziah Ibrahim, & Samsudin Rahim. (2020). Social capital and well-being among marginalized young Malaysians. Kasetsart Journal of Social Sciences, 14(1), 176-180. Sidek Mohd Noah, & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: UPM. Sidiq, R., & Najuah. (2020). Pengembangan E-modul Interaktif Berbasis Android pada Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar. Jurnal Pendidikan Sejarah, 1(9), 1-14. Sipang, K., & Siew, N. M. (2022). Perception of Low Achieving Diploma Student Towards jigsaw Cooperative Learning Method and Polya Problem Solving Model in Learning Introduction to Quantitative Technique. International Journal of Education, Psychology and Counselling, IJEPC, 7(48), 89-102. Sufian Hussin, Shahril @ Charil Marzuki, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Habib Md. Som, & Alina Ranee. (2005). Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong: PTS Professional Publishing. Nugraha, A., Subarkah, C., & Sari. (2015). Penggunaan E-Module Pembelajaran Pada Konsep Sifat Koligatif Larutan Untuk Mengembangkan Literasi Kimia Siswa. Prosiding Simposium Nasional Inovasi dan Pembelajaran Sains. https://etheses.uinsgd.ac.id/id/eprint/14183 Suradi Hassani, Marzni Mohamed Moktar, Shamsudin Othman, & Azhar Md Sabil. (2021). Penerokaan Potensi Modul Permainan Peribahasa ADDIE Terhadap Penguasaan Penulisan Rumusan dalam Talian Google Meet dan e-Mel. Jurnal Sains Sosial dan Pendidikan Teknikal, 2(1), 86-98. Suratinem, E. (2022). Peningkatan Kompetensi Guru dalam Menerapkan Media Pembelajaran Melalui Supervisi Pembelajaran. Jurnal Inovasi Manajemen dan Supervisi Pendidikan, 2(4), 279-285. Taherdost, H. (2019). What is the Best Response Scale for Survey and Questionnaire Design ; Review of Different Lenght of Rating Scale/ Attitude Scale / Likert Scale. International Journal of Academic Research in Managment, IJARM, 8(1), 1-10. Wan Norsariza Wan Husin, Fazaliana Zamzuri, & Zuraini Ibrahim. (2021). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran Berasaskan LMS bagi Kursus DBM 30033 Matematik Kejuruteraan 3 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Journal of ICT in Education (JICTIE), 4(2), 42-54. Widarti, H. R., Hakim, M. L., & Rokhim, D. A. (2022). The Development of a Virtual Laboratory on Quantitative Chemical Practicum Analysis. The Indonesian Journal of The Social Sciences, 10(3). 785-804. https://doi.org/10.26811/peuradeun.v10i3.760 Widya Novita. (2021). Analisis Miskonsepsi Siswa Pada Materi Termokimia Menggunakan Instrumen Four-Tier Diagnostic Test. Jurnal Pendidikan dan Ilmu Kimia, 8(3) , 120-127. Wiji, & Mulyani. (2018). Student’s Mental Model, Misconception, Troublesome knowledge and Threshold Concept on Thermochemistry with DToM-POE. Journal of Physics, 10(13), 1-6. https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1742-6596/1013/1/012098/pdf
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |