UPSI Digital Repository (UDRep)

Perlaksanaan penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran prinsip perakaunan: satu kajian delphi

AVAILABLE Thesis 582 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Perlaksanaan penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran prinsip perakaunan: satu kajian delphi
Type
Thesis
Main Author
Wan Mohd Helmi Wan Hanafi
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2012
Notes
With cd
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Bermula tahun 2010, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memperkenalkan penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pengenalan PBS ini bertujuan untuk memastikan sistem penilaian di negara kita berubah sejajar dengan perubahan sistem pendidikan yang lebih dinamik dan holistik. Langkah ini diperkenalkan kerana kelemahan dalam sistem penilaian berpusatkan peperiksaan yang menyebabkan para peiajar dan guru terperangkap dengan teori dan soalan-soalan peperiksaan yang lepas tanpa memahami secara praktikal apa yang dipelajari oleh mereka. Justeru pengenalan PBS merupakan satu lagi transformasi dalam sistem pendidikan negara kita bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan masih lagi di peringkat awal. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan kesepakatan panel pakar tentang cadangan penambahbaikan PBS berdasarkan masalah-masaiah yang dihadapi semasa pelaksanaan PBS. Pengkaji menggunakan kaedah Delphi untuk mendapatkan hasil dapatan kajian. Teknik ini melibatkan tiga pusingan di mana pusingan pertama melibatkan proses temu bual bagi membentuk instrumen kajian. Pusingan kedua dan ketiga pula melibatkan proses soal selidik. Seramai 12 orang sampel yang terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan terlibat dalam dua pusingan soal selidik tersebut.- Data daripada kajian Delphi telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science 17.0 (SPSS 17.0) bagi memperolehi skor-skor median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Skor median dan Julat Antara Kuartil (JAK) menggambarkan tahap persetujuan dan kesepakatan di kalangan panel pakar. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti dua puluh isu permasalahan dalam pelaksanaan PBS serta empat beias cadangan penambahbaikan mengikut aspek-aspek yang ditetapkan. Antara aspek yang dikemukakan ialah aspek pelajar, guru, pentadbir, prasarana, pengurusan fail, masa, ibu bapa, kewangan dan pentaksiran. Kesimpulannya, kajian ini telah beijaya mengenalpasti masalah dalam pelaksanaan PBS serta cadangan penambahbaikan mengikut perspektif pakar bagi mcmastikan kejayaan pelaksanaan PBS.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.