UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :P Language and Literature
Main Author :Mohamad Rozi Kasim
Title :Teknik pengejaan suku kata tertutup Bahasa Melayu KVK secara regresif dari belakang ke depan satu analisis teori pengsukukataan Bahasa Melayu
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2023
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan teknik pengejaan suku kata tertutup bahasa Melayu (KVK). Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan teknik pengejaan suku kata tertutup secara regresif (dari belakang ke depan) dengan menggunakan teori pengsukukataan bahasa Melayu. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif yang menggunakan teori pengsukukataan bahasa Melayu yang diubah suai daripada teori pengsukukataan Goldsmith (2011). Kajian kualitatif yang digunakan dalam kajian ini merupakan kaedah kepustakaan, iaitu melibatkan pembacaan bahan-bahan bertulis berkaitan teori pengsukukataan Goldsmith (2011) dan pengaplikasiannya terhadap suku kata bahasa Melayu. Dapatan kajian ini adalah penjelasan yang berpada berkaitan teknik pengejaan suku kata tertutup KVK bahasa Melayu. Teknik pengejaan suku kata tertutup ini bermula dengan pembunyian fonem atau huruf yang mengikut bunyi fonem International Phonetic Alphabets (IPA) dan seterusnya proses pengejaan suku kata tertutup secara regresif, iaitu dari kanan ke kiri. Proses pengejaan ini ialah vokal di posisi nukleus perlu digabungkan dengan konsonan di posisi koda bagi membentuk bunyi rima (VK). Langkah seterusnya, konsonan di posisi onset akan digabungkan dengan bunyi rima sebelum ini bagi menghasilkan bunyi suku kata tertutup KVK. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan mampu memudahkan tenaga pengajar untuk mengajar murid-murid atau kanak-kanak tentang suku kata tertutup dalam bahasa Melayu. Kata kunci: kemahiran membaca, teori pengsukukataan, suku kata tertutup

References

A. Jailani Bin Che Abas. (2012). Analisis Kecelaruan Membaca Bahasa Melayu Pelajar Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Disertasi Sarjana Linguistik. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Universiti Malaya.

Bung Qian Min, et al. (2022). Kesedaran Dan Keperluan Guru Mengenai Modul Teknik Bacaan Dialogik Di Prasekolah SJKC. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue). Vol 11 (1): 22-34.

Chew Fong Peng. (2015). Pelaksanaan Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 5, Bil. 2 (Nov. 2015): 1-11.

Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol. 12 (2), 2023 (1-12)

(ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X)

https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JPAK

Chew Fong Peng & Mohd Fikri Ismail. (2020). Pelaksanaan Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue). Vol 9 (1): 14-25.

Goldsmith, John. (2011). The Syllable. In Goldsmith, John et al.. (2011). The Handbook of Phonological Theory. Wiley-Blackwell.

Nabilah Asha, et al. (2020). Penggunaan Big Book Dalam Kalangan Guru Tadika Untuk Perkembangan Literasi Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue). Vol 9: 106-112.

Nur Syakirah Binti Azizan & Muhammad Saiful Haq Bin Hussin. (2017). Penguasaan Asas Membaca Melayu Melalui Program LINUS Di Utara Semenanjung Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu. Jilid 28: 135-163.

Wan Nurzuliana Wan Ahmad. (2019). Amalan Guru Dalam Melaksanakan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu Bagi Program LINUS Di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842. Vol. 9, Bil. 1 (Mei 2019): 1-11.

Zamri Mahamod. (2014). Inovasi P&P Dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.