Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Grab Salt Candy (GSC) bagi standard kandungan penyediaan garam
Type
Final Year Project
Main Author
Nor Asyikin Hasbullah
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan Grab Salt Candy (GSC) bagi
standard kandungan penyediaan garam. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti
kebolehgunaan permainan GSC bagi standard kandungan penyediaan garam dari aspek
kebergunaan, kepuasan, mudah diguna dan mudah belajar dalam kalangan murid
tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan berdasarkan model
ADDIE. Kajian ini menggunakan dua instrumen, iaitu borang penilaian kesahan
kandungan permainan GSC dan soal selidik kebolehgunaan permainan GSC. Kesahan
kandungan permainan GSC memperoleh purata persetujuan pakar sebanyak 96.70%.
Seramai 153 orang responden daripada enam buah sekolah menengah di daerah Port
Dickson telah menjawab soal selidik kebolehgunaan. Dapatan kajian menunjukkan skor
min untuk konstruk kebergunaan (M: 4.23, SP: 0.78), kepuasan (M: 4.42, SP: 0.72),
mudah diguna (M: 4.24, SP: 0.79) dan mudah belajar (M: 4.25, SP: 0.78) telah
mencapai tahap min yang tinggi. Kesimpulannya, permainan GSC telah mencapai
kesahan kandungan yang baik dan mencapai tahap min yang tinggi bagi semua konstruk
kebolehgunaan permainan GSC. Implikasi kajian adalah permainan GSC berpotensi
digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran berasaskan
permainan (PBP) bagi melahirkan murid yang berfikiran kritis, berupaya menganalisis
dan mengumpul maklumat, kreatif serta aktif dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.