UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Grab Salt Candy (GSC) bagi standard kandungan penyediaan garam

AVAILABLE Final Year Project 675 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Grab Salt Candy (GSC) bagi standard kandungan penyediaan garam
Type
Final Year Project
Main Author
Nor Asyikin Hasbullah
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan Grab Salt Candy (GSC) bagi standard kandungan penyediaan garam. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti kebolehgunaan permainan GSC bagi standard kandungan penyediaan garam dari aspek kebergunaan, kepuasan, mudah diguna dan mudah belajar dalam kalangan murid tingkatan 4. Reka bentuk kajian ini adalah kajian pembangunan berdasarkan model ADDIE. Kajian ini menggunakan dua instrumen, iaitu borang penilaian kesahan kandungan permainan GSC dan soal selidik kebolehgunaan permainan GSC. Kesahan kandungan permainan GSC memperoleh purata persetujuan pakar sebanyak 96.70%. Seramai 153 orang responden daripada enam buah sekolah menengah di daerah Port Dickson telah menjawab soal selidik kebolehgunaan. Dapatan kajian menunjukkan skor min untuk konstruk kebergunaan (M: 4.23, SP: 0.78), kepuasan (M: 4.42, SP: 0.72), mudah diguna (M: 4.24, SP: 0.79) dan mudah belajar (M: 4.25, SP: 0.78) telah mencapai tahap min yang tinggi. Kesimpulannya, permainan GSC telah mencapai kesahan kandungan yang baik dan mencapai tahap min yang tinggi bagi semua konstruk kebolehgunaan permainan GSC. Implikasi kajian adalah permainan GSC berpotensi digunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran berasaskan permainan (PBP) bagi melahirkan murid yang berfikiran kritis, berupaya menganalisis dan mengumpul maklumat, kreatif serta aktif dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.