UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan dan kebolehgunaan kad imbas Salt Prep bagi standard kendungan penyediaan garam

AVAILABLE Final Year Project 613 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
General Information Cached
Title
Pembangunan dan kebolehgunaan kad imbas Salt Prep bagi standard kendungan penyediaan garam
Type
Final Year Project
Main Author
Liyana Syasya Othman
Subject
QD Chemistry
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2024
Degree Type
First Degree
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah bahan bantu pembelajaran, iaitu kad imbas bagi standard kandungan penyediaan garam. Kajian ini juga bagi menguji kebolehgunaan kad imbas Salt Prep dari aspek kebergunaan, kepuasan, mudah diguna dan mudah dipelajari dalam kalangan pelajar kimia tingkatan 4. Kajian ini adalah kajian pembangunan yang menggunakan model ADDIE sebagai model reka bentuk instruksional. Kajian ini melibatkan 153 orang responden pelajar tingkatan 4 di tujuh buah sekolah menengah di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan kandungan dan soal selidik kebolehgunaan kad imbas Salt Prep. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan nilai kesahan kandungan kad imbas Salt Prep ialah 100%. Nilai pekali alfa Cronbach bagi kebolehpercayaan soal selidik kebolehgunaan kad imbas Salt Prep adalah 0.965. Dapatan kajian kebolehgunaan kad imbas Salt Prep menunjukkan nilai min yang tinggi bagi setiap konstruk, iaitu kebergunaan (M: 4.25, SP: 0.74), kepuasan (M: 4.32, SP: 0.74), mudah diguna (M: 4.28, SP: 0.76) dan mudah dipelajari (M: 4.27, SP: 0.73). Berdasarkan dapatan kajian, purata nilai min bagi semua konstruk kebolehgunaan adalah 4.28 (SP: 0.74). Kesimpulannya, kad imbas Salt Prep berjaya dibangunkan dengan nilai kesahan kandungan yang tinggi dan mencapai tahap min yang tinggi bagi setiap konstruk kebolehgunaan kad imbas Salt Prep. Implikasinya, kad imbas Salt Prep berpotensi untuk membantu pelajar dan guru dalam melaksanakan pembelajaran yang efektif terutamanya dalam standard kandungan penyediaan garam.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.