UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan blended learning bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan dalam Pendidikan Jasmani Tingkatan Empat. Kajian dilaksanakan melalui pendekatan kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Platform Google Forms digunakan untuk mengedarkan borang soal selidik kajian. Instrumen kajian telah disebar luas secara rawak secara dalam talian melalui aplikasi Telegram dan Whatsapp. Seramai 64 orang guru Pendidikan Jasmani yang mengajar tingkatan empat telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati 92.2% guru menyatakan persetujuan bahawa pendekatan blended learning bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan dapat menarik minat murid. Kajian juga melaporkan 96.9% guru bersetuju dengan penggunaan bahan interaktif dan infografik dapat menarik minat murid. Kesukaran yang dinyatakan oleh guru bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan adalah murid kurang pengetahuan berkaitan permainan tradisional (73.4%), murid kurang pendedahan berkaitan aktiviti perlumbaan berhalangan dan perlumbaan eksplorasi (59.4%), murid tidak memahami arahan lisan berkaitan aktiviti melibatkan rekreasi dan kesenggangan (43.8%), murid sukar untuk mendapatkan gambaran pelaksanaan aktiviti dalam kumpulan (50%) dan murid sukar melakukan aktiviti secara kendiri walaupun sudah diterangkan oleh guru sebelum melaksanakan aktiviti (43.8%). Kajian menunjukkan guru-guru masih menggunakan buku teks dan slide powerpoint presentation sebagai medium pembelajaran utama di dalam bilik darjah. Dapatan kajian ini membantu penyelidik bagi membangunkan modul pembelajaran berasaskan blended learning yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai bahan bantu mengajar bagi tajuk Rekreasi dan Kesenggangan selari dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Katakunci: Modul, pembelajaran teradun, Pendidikan jasmani |
References |
Ariantesa, B., Wahyuri, A. S., HB, B., & Damrah. (2022). E-Module Development of Physical Education Subjects for Sports and Health on Physical Fitness Materials for Class VII Junior High School Students. International Journal of Education and Literature (IJEL) , 1(2), 37–43. https://ijel.amikveteran.ac.id/index.php/ijel/index Hananingsih, W., & Ali Imran. (2020). Modul Berbasis Pendekatan Saintifik Dalam Pembelajaran Pendidikan Jasmani Olahraga Dan Kesehatan. JUPE : Jurnal Pendidikan Mandala, 5(6). https://doi.org/10.36312/jupe.v5i6.1593 Mohamed Nazul Ismail. (2020). Cabaran Kepimpinan Dalam Pengurusan Pembelajaran Digital. Jurnal Refleksi Kepemimpinan, 21(1). Muhammad Nidzam Yaakob, Ahmad Sobri Shuib, Nurahimah Mohd Yusoff, & Shamshul Bahar Yaakob. (2019). Pembangunan Model M-Pembelajaran Untuk Kursus Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran IPG: Satu Analisis Keperluan. Practitioner Research, 1. https://doi.org/https://doi.org/10.32890/pr2019.1.5 Nor Saadah Azahari, & Nik Mohd Rahimi. (2022). Amalan Pembelajaran Teradun Sebagai Satu Pendekatan Pembelajaran Norma Baharu. Jurnal Dunia Pendidikan , 4. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/17454 Rosyida, A. S., Rahayu, T., & Rahayu, S. (2022). The Interactive E-Module Physical Fitness in Physical Education Learning for Student XI Grade of Senior High School. Journal of Physical Education and Sports, 11(1), 101–113. https://journal.unnes.ac.id/sju/index.php/jpes Saemah Rahman, & Zamri Mahamod. (2017). Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran (Vol. 2). Universiti Kebangsaaan Malaysia. Shanmugam, K., & Balakrishnan, B. (2019). Pembinaan Kerangka Panduan ICT Bagi Mata Pelajaran Sains Untuk Guru-Guru SJK(T) Di Luar Bandar di Negeri Perak. Muallim Journal of Social Science and Humanities3, 3(4). https://doi.org/10.33306/mjssh/34 Simah Mamat, Che Aleha Ladin, Azni Yati Kamaruddin, Intan Marfarrina Omar, & Nor Asiah Ismail. (2021). Covid-19: Cabaran dan Inisiatif dalam Mendepani Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Teradun. Sains Insani, 6(2). https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no2.319 Siti Hajar Taib, Mohd Azharin Ismail, & Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis. (2019). Inovasi Kesepaduan dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di Era Revolusi Industri 4.0. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 3(2). Wulandari, A. M., & Wibowo, A. K. (2022). Pengembangan elektronik modul olahraga petanque berbasis android. Multilateral : Jurnal Pendidikan Jasmani Dan Olahraga, 21(1), 57. https://doi.org/10.20527/multilateral.v21i1.11324 Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 12, No 1, 2023 (34-41) ISSN: 2232-1918 / eISSN: 2600-9323 https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |