UPSI Digital Repository (UDRep)

Pemupukan semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah menengah menerusi pengajaran dan pembelajaran sejarah : satu kajian kes tingkatan dua

AVAILABLE Thesis 670 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Pemupukan semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah menengah menerusi pengajaran dan pembelajaran sejarah : satu kajian kes tingkatan dua
Type
Thesis
Main Author
Abd Sukor Yusof
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2003
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian koloberatif yang menggunakan pendekatan separa penyertaan untuk meninjau keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah dalam mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pemupukan semangat patriotisme di kalangan pelajar. Lima unsur patriotisme sepertimana yang terdapat di dalam kurikulum sejarah iaitu bangga sebagai rakyat Malaysia, semangat setia negara, semangat kekitaan, berdisiplin dan berusaha diberi perhatian dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan 3 buah sekolah di daerah Hulu Selangor. Data diperolehi dengan beberapa cara iaitu pemerhatian 6 waktu pelajaran sejarah yang dikendalikan ke atas 6 orang guru, temuduga dijalankan kepada seramai 18 orang iaitu 6 orang guru dan 12 orang pelajar dan membuat analisis Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Dua KBSM 1986 dan Pindaan 2000. Cara yang digunakan untuk menganalisis data adalah seperti berikut. Di mana pemerhatian dilakukan dengan menggunakan 2 borang iaitu borang penggunaan masa dan borang pemerhatian yang terdiri daripada 5 item utama iaitu penyampaian pengajaran dan pembelajaran, komunikasi, pengurusan bilik darjah, sikap dan siasah dan pemupukan unsur patriotisme. Temuduga dibuat berdasarkan prosedur temuduga dan panduan temuduga yang dijalankan sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran sejarah. Soalan yang dikemukan sama ada dalam bentuk struktur dan tidak berstruktur. Temuduga ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran langsung daripada guru tentang usaha pemupukan semangat patriotisme menerusi proses pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah dan respon pelajar selepas pengajaran dan pembelajaran terhadap usaha tersebut. Analisis kandungan dibuat ke atas Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM (Tingkatan Dua )1986 dan Pindaan tahun 2000. Analisis ini dibuat dengan membuat perbandingan dari segi tema, membincangkan tentang isi kandungan dan tajuk. Data menunjukkan guru mempunyai kefahaman terhadap usaha pemupukan patriotisme di bilik daijah. Walaubagaimanapun guru dilihat kurang berjaya dalam menghubungkaitkan antara kehendak kurikulum untuk memupuk semangat patriotisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru kurang beijaya memupuk semangat patriotisme secara berkesan sekadar di tahap pemikiran asas sahaja dan tidak ke arah pemikiran tinggi yang dapat mengubah pemikiran atau andaian pelajar. Antara kekangan yang dialami oleh guru ialah kekurangan bahan dan ketidakupayaan untuk membentuk kaedah pembelajaran yang sesuai. Data juga menunjukkan pelajar faham tentang patriotisme dan kaitannya dengan pembelajaran sejarah serta bersedia menjawab soalan aras tinggi yang mampu mencambah pemikiran mereka . Oleh itu mereka memerlukan bimbingan dan panduan guru yang bertindak sebagai pemudah cara.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.