UPSI Digital Repository (UDRep)

Kebimbangan dan pencapaian ujian mata pelajaran prinsip perakaunan pelajar-pelajar tingkatan 4 di negeri Perak

AVAILABLE Thesis 709 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kebimbangan dan pencapaian ujian mata pelajaran prinsip perakaunan pelajar-pelajar tingkatan 4 di negeri Perak
Type
Thesis
Main Author
Noor Hakimi Tajul Arifin
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membandingkan pencapaian dalam ujian subjektif dengan ujian objektif tanpa penalti dan ujian objektif dengan penalti bagi mata pelajaran prinsip perakaunan mengikut lokasi sekolah, jantina, kaum dan mengikuti kelas tiusyen. Kajian ini juga mengenal pasti korelasi pencapaian dalam ujian subjektif dengan ujian objektif tanpa penalti dan ujian objektif dengan penalti. Kajian ini turut mengenal pasti serta membandingkan kebimbangan pelajar yang mengambil ketiga-tiga ujian prestasi tersebut. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk tinjauan yang dijalankan selama tiga bulan dan melibatkan 230 orang pelajar tingkatan empat di sekolah menengah harian di Negeri Perak. Data dikutip menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Data-data kuantitatif yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS Versi 11.5 seperti kekerapan dan peratusan, ujian-t dua hala, Koeffisien Pearson dan analisis regresi (nisbah F). Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian dalam ujian subjektif dan ujian objektif tanpa penalti bagi mata pelajaran prinsip perakaunan berdasarkan pelajar sekolah bandar dan pelajar bukan Melayu, tetapi terdapat perbezaan pencapaian dalam ujian subjektif dan ujian objektif tanpa penalti berdasarkan pelajar sekolah luar bandar, pelajar lelaki, pelajar perempuan, pelajar Melayu, pelajar mengikuti kelas tiusyen dan pelajar tidak mengikuti kelas tiusyen. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian dalam ujian subjektif dan ujian objektif dengan penalti berdasarkan pelajar sekolah luar bandar, pelajar lelaki, pelajar Melayu dan pelajar tidak mengikuti kelas tiusyen, tetapi terdapat perbezaan pencapaian dalam ujian subjektif dan ujian objektif dengan penalti berdasarkan pelajar sekolah bandar, pelajar perempuan, pelajar bukan Melayu dan pelajar mengikuti kelas tiusyen. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signirikan di antara pencapaian ujian subjektif dengan pencapaian ujian objektif tanpa penalti dan ujian subjektif dengan ujian objektif dengan penalti. Secara keseluruhannya, kebimbangan pelajar terhadap ujian subjektif, ujian objektif tanpa penalti dan ujian objektif dengan penalti mata pelajaran prinsip perakaunan bukan disebabkan oleh kemahiran, persediaan dan penalti. Perbezaan format ujian juga tidak menyebabkan adanya kebimbangan di kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran prinsip perakaunan. Implikasi kajian mencadangkan bahawa guru-guru perakaunan perlu mengambilkira aras kesukaran yang seimbang dalam pembinaan soalan-soalan peperiksaan di sekolah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.