UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Anis Iliani Ahmad
Title :Hubungan antara nilai-nilai murni KBSM dengan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2012
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara nilai-nilai murni KBSM dengan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar SMK Sungai Ranggam, Kg. Gajah. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima yang mempunyai rekod masalah disiplin. Data kajian diperoleh menggunakan dua set soal selidik iaitu set soal selidik nilai-nilai murni KBSM dan set soal selidik Aggression Ouestionnaire. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Ujian korelasi Pearson digunakan bagi melihat hubungan antara nilai-nilai murni KJBSM dengan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan min, sisihan piawai dan peratus untuk memperihalkan item-item dalam dapatan kajian yang dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara nilai-nilai murni KBSM dengan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar SMK Sungai Ranggam, Kg. Gajah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara nilai berdikari dengan tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar SMK Sungai Ranggam, Kg. Gajah pada tahap kuat. Min skor nilai kesyukuran menunjukkan min paling dominan dalam kalangan pelajar. Dapat disimpulkan daripada kajian ini, pelajar menegah rendah mempunyai nilai-nilai mumi yang tinggi berbanding pelajar menegah atas. Hasil kajian diharapkan dapat membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru-guru, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat bagi meningkatkan penerapan nilai-nilai mumi dalam mengatasi masalah tingkah laku pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.