Penggunaan komputer laptop di kalangan guru Sains Sekolah Menengah
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Salim Hambiah
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2005
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian penyelidikan ini bertujuan melihat kekerapan penggunaan laptop di an guru yang mengajar
subjek Sains Tingkatan 1 Daerah Mersing. Di samping itu juga kajian ini dapat mengenalpasti
kemahiran asas yang diperlukan oleh guru bagi mengoperasi
laptop, sikap guru mengenai penggunaan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran, masalah yang
dihadapi oleh guru ketika mengendalikan laptop di dalam kelas dan kekerapan penggunaan laptop di
kalangan guru yang mengajar di sekolah Gred A dan sekolah Gred B. Seramai 50 orang guru Sains
Tingkatan 1 dari 9 buah sekolah di daerah Mersing telah dipilih dalam kajian ini. Untuk mencapai
objektif kajian, kaedah tinjauan deskriptif telah digunakan. Instrumen kajian ini mempunyai
kebolehpercayaan pada 0.8350 bagi bahagian B, 0.6104 bahagian C, 0.7843 bahagian D dan 0.7249
bahagian E hasil daripada kajian rintis yang dijalankan terhadap lima orang responden. Data
dikumpulkan, diproses dengan SPSS 11.0. menggunakan min, mod, sisihan piawai dan analisis
inferensi. Data diperoleh menggunakan ujian t dan Kolerasi Spearmen bagi mengenal pasti perbezaan
antara skor, min mengikut kadar penggunaan, jantina, pengalaman mengajar, kemahiran
menggunakan komputer, sikap dan masalah pengajaran dan pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan tidak ramai guru yang menggunakan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran.. Selain
itu, masalah pengajaran dan pembelajaran dari faktor guru dan pelajar juga menyumbang kepada
prestasi pelajar (didapati pekali kolersi tersebut rs 0.476). Ini menunjukkan terdapat hubungan
sederhana dan signifikan. Dapatan ini juga mendapati guru yang mengajar di sekolah Gred A
menggunakan laptop lebih kerap berbanding guru sekolah Gred B (ujian t menunjukkan 0.031). Beberapa
cadangan telah diutarakan bagi menambahbaik tahap penggunaan laptop di kalangan guru,
contohnya mengadakan kursus tentang penyelenggaraan laptop, kursus teori instruksional model
pengajaran. Pihak Kementerian Pendidikan harus mengadakan pemantauan penggunaan laptop di sekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.