UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan integrasi; gaya pembelajaran dengan menggunakan
perisian multimedia, bagi kursus Senireka Grafik. Gaya pembelajaran pelajar diukur dengan
menggunakan instrumen VARK (Visual, Aural, Read/Write dan Kinesthetic). Kajian ini menggunakan
kaedah eksperimental. Dalam pengendalian kajian, kumpulan eksperimen menggunakan perisian
multimedia yang dibangunkan berasaskan gaya pembelajaran VARK dan kumpulan kawalan
menggunakan perisian multimedia yang sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan eksperimen
mendapat pencapaian yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan dalam ujian subjek Senireka Grafik.
Berdasarkan kepada dapatan ini, pencapaian pelajar yang menggunakan perisian multimedia yang
dibangunkan menggunakan gaya pembelajaran VARK meningkat secara signifikan (p=0.01). Dapatan kajian
ini boleh dijadikan rujukan gaya pembelajaran dan digunakan sebagai panduan kepada guru
dalam merekabentuk perisian multimedia disamping aplikasi pembelajaran lain yang menggunakan bahan
multimedia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |