UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan Komputer terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran

AVAILABLE Thesis 867 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan Komputer terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran
Type
Thesis
Main Author
Umi Kalsom Abdul Majid
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2008
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan kaedah Pembelajaran Kolaboratif Berbantukan  Komputer  terhadap pencapaian pelajar yang berlainan gaya pembelajaran. Dua bentuk kaedah yang  dikaji iaitu kaedah pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer bebas dan terpimpin. Empat jenis  gaya pembelajaran dari klasifikasi gaya pembelajaran Kolb digunakan  iaitu, Akomodator,  Assimilator, Diverger dan Konverger. Dalam kajian ini Koswer  "Blood Circulatory System"  dibangunkan berdasarkan kepada model ISD Alessi dan Trollip (200 I) serta model 4 MAT oleh McCarthy  (1990) yang digunakan sebagai alat kajian. Kajian menggunakan rekabentuk faktorial 2 X 4.  Pembolehubah tidak bersandar ialah dua jenis kaedah pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer  dan pembolehubah bersandar ialah pencapaian iaitu skor ujian (Pasca - Pra). Dalam kajian ini gaya  pembelajaran diukur dengan mengunakan ujian  HBDI "Herrmann Brain Dominance Instrumenl". Sampel  kajian terdiri daripada 240 orang pelajar  perempuan tingkatan dua  daripada sebuah  sekolah.   Pelajar  diagihkan  kepada  lapan  kumpulan,  empat kumpulan  mengikuti  kaedah  pembelajaran   kolaboratif  berbantukan komputer  bebas  dan  empat  kumpulan  lagi   mengikuti  kaedah  pembelajaran kolaboratif berbantukan komputer terpimpin dan menjalani rawatan  selama  dua  jam.   Data  yang  diperolehi  dianalisis  dengan menggunakan statistik deskriptif clan statistik  inferensi ANOVA dua hala untuk menentukan kesan utama clan kesan interaksi kaedah pembelajaran dan  gaya pembelajaran ke atas pencapaian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa  pelajar  yang  mengikuti   kaedah  pembelajaran  kolaboratif berbantukan komputer terpimpin mendapat pencapaian yang   signifikan lebih  baik.  berbanding  dengan  pelajar  yang  mengikuti  kaedah pembelajaran  kolaboratif berbantukan komputer bebas. Dari segi gaya pembelajaran, pelajar Konverger   memperolehi pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar Akomodator, Assirnilator clan Diverger.  Dari segi peningkatan  pencapaian antara dua kaedah pembelajaran pula didapati pelajar Diverger  menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding gaya pembelajaran  lain. Dapatan kajian  menunjukkan bahawa tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara kaedah pembelajaran dan  gaya pembelajaran  pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa gaya  pembelajaran bukanlah merupakan faktor utama  yang  mempengaruhi   pencapaian.  Gaya  pembelajaran   lebih merupakan  petunjuk   bagaimana  setiap  individu  itu  menguasai pembelajaran.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.