UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Yip Yan Yee
Title :Keberkesanan penggunaan kaedah Bar Bulat terhadap pencapaian murid Tahun Tiga dalam topik Pendaraban Dua Nombor
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2020
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan pengajaran menggunakan kaedah Bar Bulat terhadap  pencapaian murid Tahun Tiga dalam Pendaraban Dua Nombor. Kajian ini menggunakan  reka bentuk  kuasi  eksperimen  ujian pra-pasca  kumpulan  tidak setara. Sejumlah 50 orang murid di sebuah sekolah  rendah di kawasan negeri Perak dipilih secara rawak untuk kajian ini. Seramai 25 orang murid  daripada kumpulan rawatan menjalani proses intervensi menggunakan kaedah Bar Bulat manakala 25  orang murid daripada kumpulan kawalan melalui proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan   kaedah konvensional. Instrumen  yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set ujian pra dan pasca.  Data dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi. Berdasarkan analisis ujian-t sampel  tidak bersandar, min markah ujian pencapaian pasca (min = 35.40, sp -- 2.082) murid kumpulan rawatan adalah  berbeza dengan  min  markah  ujian  pencapaian  pasca  (min  = 29.60, sp = 2.2 I 7)  murid kumpulan kawalan  secara signifikan [t(48) = 9.535, p < 0.05]. Kesimpulannya, murid yang menggunakan  kaedah Bar Bulat menunjukkan  pencapaian yang lebih baik terhadap Pendaraban Dua Nombor berbanding  murid daripada kumpulan kawalan. Implikasi  kajian  ini  menunjukkan  pengajaran  matematik  perlu   menitik  beratkan kefahaman  konsep nilai  tempat dalam algoritma  pendaraban  dua nombor untuk meningkatkan pencapaian murid.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.