UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini adalah untuk menguji kesesuaian penggunaan Fitnessgram" sebagai instrumen dalam menguji
kecergasan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah rendah. Untuk itu kajian ini telah melihat
peratus lulus atau gagal pelajar yang melepasi skor piawai Fitnessgram". Selain itu, kajian ini
juga melihat sejauh manakah perbezaan skor berdasarkan jantina melalui item-item ujian yang diuji.
Kaedah persampelan berstrata telah digunakan dalam kajian ini di mana subjek (n=370) yang terdiri
daripada pelajar lelaki (n=185) dan pelajar perempuan (n=185) berumur 10, 11 dan 12 tahun.
Kaedah ex-post facto telah digunakan untuk mendapatkan data melalui bateri ujian yang dijalankan.
Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar lulus ujian-ujian yang dijalankan dengan baik
dalam semua item ujian Fitnessgram yang dijalankan. Ujian Pacer, khususnya telah menunjukkan
peratusan lulus yang sangat cemerlang terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar perempuan jika di
banding dengan pelajar lelaki ( 100% vs 57.4%; 93.4% vs 90.2% dan 90.5% vs 46.0%, bagi peringkat
umur 10; 11 dan 12 tahun) Penyelidik membuat kesimpulan bahawa bateri ujian dalam Fitnessgram"
adalah sesuai dan sangat praktikal untuk digunakan dalam kalangan pelajar 10, 11 dan 12 tahun dan
ujian Fitnessgram" adalah alternatif yang sesuai untuk melihat tahap kecergasan pelajar
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |