UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :TP Chemical technology
Main Author :Izzati Amira Abdullah Nizar
Title :Analisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam kalangan pelajar tingkatan empat
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2020
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan menganalisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam  kalangan pelajar tingkatan empat berdasarkan aliran pelajar dan lokasi sekolah dalam daerah Larut  Matang dan Selama, Perak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah  digunakan dalam kajian ini. Dua set instrumen kajian; soal selidik dan soalan objektif beraneka  pilihan ini juga telah melalui proses pengesahan menggunakan darjah persetujuan pakar manakala  kajian rintis juga dijalankan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan. Kedua-dua nilai yang  dicatatkan berada dalam keadaan baik dan diterima untuk kajian sebenar. Pemilihan subjek kajian  dijalankan secara rawak melibatkan 410 orang pelajar tingkatan empat daripada pelbagai aliran;  sains dan bukan sains dan lokasi sekolah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif  dan inferensi. Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara  tahap pengetahuan kimia hijau dengan tahap kesedaran kimia hijau, tahap sikap kimia hijau dan tahap  amalan kimia hijau. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap  pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat  berdasarkan aliran dan lokasi sekolah. Analisis regresi linear berganda juga menunjukkan tahap  kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau adalah peramal yang siginiftkan terhadap pcncapaian ujian  pengetahuan kimia hijau dengan persamaan regresi; tahap pcngetahuan kimia hijau = -67.087 + 1.041 (tahap kesedaran) + 0.272 (tahap sikap) + 0.310 (tahap amalan) kimia hijau. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan  analisis pengetahuan, kesedaran, sikap dan amalan kimia hijau dalam kalangan pelajar mempunyai  hubungan dan perbezaan yang signifikan berdasarkan aliran dan lokasi sckolah. lmplikasi kajian  menunjukkan pengujian soalan objektif berdasarkan 12 prinsip kimia hijau mampu mengukur secara  efektif tahap pengetahuan kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.