UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Fokus kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk interaksi lisan dan hubungan etnik yang berlaku
antara para pelajar Tingkatan Satu di sekolah. Kajian ini berlandaskan kepada Teori Fungsionalisme
dan Teori Interaksionisme Simbolik kerana kedua-dua teori ini merupakan elemen yang penting dalam
usaha untuk memastikan para pelajar yang berbilang etnik, agama dan budaya dapat belajar dan hidup
dalam suasana yang aman dan harmoni. Para pelajar Tingkatan Satu menjadi kumpulan sasaran dalam
kajian ini kerana pada peringkat inilah mereka berhadapan dengan situasi sebenar yang menemukan
mereka dengan rakan-rakan dari etnik yang berbeza dan belajar di dalam kelas yang sama Pengalaman
berinteraksi dan berhubung di peringkat sekolah rendah ternyata berbeza dan boleh memberi
kesan kepada bagaimana mereka mewujudkan iklim sosial yang dikehendaki di sekolah
menengah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menerapkan teknik kajian kes etnografi.
Data dikumpul melalui catatan nota lapangan, pemerhatian berperingkat dari bulan Januari sehingga
April 2011, temu bual dengan pelajar dan temu bual dengan guru. Kajian ini mencatatkan segala yang
berlaku di dalam lapangan, iaitu di dalam dan di luar bilik darjah. Analisis kajian dilakukan
secara verbatim dengan menggunakan proses triangulasi yang menggabungkan semua data Untuk
mengukuhkan dapatan kajian, transkripsi temu bual telah dibahagikan mengikut tema agar menepati
kehendak soalan-soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa interaksi lisan dalarn kalangan
pelajar Tingkatan Satu yang berbeza etnik tidak berlaku dengan kerap dan hanya terjadi apabila ada
keperluan untuk berbuat demikian, khususnya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Malah, ianya terhad di dalam bilik darjah sahaja Hubungan etnik yang terbina adalah tidak rapat dan
masih mempunyai ruang yang memisahkan mereka daripada sentiasa bergaul. Fenomena ini menunjukkan
bahawa interaksi etnik tidak berlaku secara semula jadi. Pengasingan etnik terus berlak'll melalui
entiti sekolah yang berasaskan kepada pelbagai faktor dalaman dan luaran sekolah. Kajian ini
mengusulkan supaya pihak sekolah dapat menganjurkan program-program yang boleh mengeratkan
hubungan etnik dan mengukuhkan interaksi lisan dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |