UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noor Amy Afiza Mohd Yusof
Title :Kesan penggunaan laman sosial ke atas kaedah pembelajaran kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Notes :-
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan laman sosial ke atas kaedah pembelajaran  kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini  melibatkan 270 orang responden yang terdiri daripada para pelajar peringkat pra-siswazah dan  pasca-siswazah bagi sembilan buah bidang pengajian yang ditawarkan. Kajian ini menggunakan kaedah  tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengukur latar belakang responden  meliputi peringkat pengajian, tahun pengajian dan bidang pengajian. Turut diukur sejauh mana laman  sosial digunakan untuk pembelajaran kendiri dan apakah kesan terhadap penggunaan laman sosial ke  atas pembelajaran  kendiri dalam  P&P. Hasil dapatan kajian menunjukkan  pelajar lebih berminat  melayari laman sosial facebook berbanding laman sosial lain. Namun, ianya bukan untuk tujuan  pembelajaran kendiri. Dapatan menunjukkan 45.5% pelajar tidak pasti tentang penggunaan laman sosial  ke atas pembelajaran kendiri. Namun begitu kesedaran tentang kesan-kesan positif yang boleh  diterima dengan menggunakan laman sosial sebagai kaedah pembelajaran kendiri bagi memantapkan lagi  proses P&P jelas apabila 72.7% pelajar bersetuju dengan penyataan yang dikemukakan.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.