Kesan penggunaan laman sosial ke atas kaedah pembelajaran kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Type
Thesis
Main Author
Noor Amy Afiza Mohd Yusof
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2014
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan laman sosial ke atas kaedah pembelajaran
kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini
melibatkan 270 orang responden yang terdiri daripada para pelajar peringkat pra-siswazah dan
pasca-siswazah bagi sembilan buah bidang pengajian yang ditawarkan. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang mengukur latar belakang responden
meliputi peringkat pengajian, tahun pengajian dan bidang pengajian. Turut diukur sejauh mana laman
sosial digunakan untuk pembelajaran kendiri dan apakah kesan terhadap penggunaan laman sosial ke
atas pembelajaran kendiri dalam P&P. Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar lebih berminat
melayari laman sosial facebook berbanding laman sosial lain. Namun, ianya bukan untuk tujuan
pembelajaran kendiri. Dapatan menunjukkan 45.5% pelajar tidak pasti tentang penggunaan laman sosial
ke atas pembelajaran kendiri. Namun begitu kesedaran tentang kesan-kesan positif yang boleh
diterima dengan menggunakan laman sosial sebagai kaedah pembelajaran kendiri bagi memantapkan lagi
proses P&P jelas apabila 72.7% pelajar bersetuju dengan penyataan yang dikemukakan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.