UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Syazwani Samsudin
Title :Pembinaan Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2020
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk pembangunan modul. Modul i-Think ini dibina menggunakan model Sidek yang mengandungi dua peringkat iaitu peringkat membina modul dan peringkat pengujian moduL Kajian dijalankan di 14 buah sekolah menengah kebangsaan yang terlibat dengan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran matematik tambahan di daerah Kuala Kangsar, Perak. Modul latihan i-Think ini disahkan oleh lima orang pakar bidang dalam aspek kesahan kandungan. Hasil dapatan mendapati nilai keseluruhan kesahan kandungan adalah melebihi 70 peratus dan mempunyai persetujuan Cohen’s Kappa bernilai 0.87. Kebolehpercayaan instrumen soal-selidik guru yang ditadbir kepada 17 orang guru mendapati nilai pekali Cronbach Alpha bagi kebolehpercayaan instrumen tersebut adalah 0.89. Pengujian kebolehpercayaan instrumen soal-selidik murid yang ditadbir kepada 30 orang murid mendapati nilai pekali Cronbach Alpha bagi kebolehpercayaan instrumen tersebut adalah 0.92. Dapatan kajian menunjukkan Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan ini mempunyai persetujuan Cohen’s Kappa dan nilai pekali Cronbach Alpha yang tinggi iaitu melebihi 0.80. Kesimpulannya, Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan ini mempunyai kesahan yang tinggi dan kajian ini berjaya menghasilkan Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan. Implikasinya, modul ini boleh dijadikan sebagai satu bahan bantu mengajar oleh guru Matematik Tambahan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam topik pembezaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.