UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan
Tingkatan Empat bagi topik pembezaan. Kajian ini menggunakan reka bentuk
pembangunan modul. Modul i-Think ini dibina menggunakan model Sidek yang
mengandungi dua peringkat iaitu peringkat membina modul dan peringkat pengujian
moduL Kajian dijalankan di 14 buah sekolah menengah kebangsaan yang terlibat
dengan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran matematik tambahan di
daerah Kuala Kangsar, Perak. Modul latihan i-Think ini disahkan oleh lima orang pakar
bidang dalam aspek kesahan kandungan. Hasil dapatan mendapati nilai keseluruhan
kesahan kandungan adalah melebihi 70 peratus dan mempunyai persetujuan Cohen’s
Kappa bernilai 0.87. Kebolehpercayaan instrumen soal-selidik guru yang ditadbir
kepada 17 orang guru mendapati nilai pekali Cronbach Alpha bagi kebolehpercayaan
instrumen tersebut adalah 0.89. Pengujian kebolehpercayaan instrumen soal-selidik
murid yang ditadbir kepada 30 orang murid mendapati nilai pekali Cronbach Alpha
bagi kebolehpercayaan instrumen tersebut adalah 0.92. Dapatan kajian menunjukkan
Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan
ini mempunyai persetujuan Cohen’s Kappa dan nilai pekali Cronbach Alpha yang
tinggi iaitu melebihi 0.80. Kesimpulannya, Modul Latihan i-Think Matematik
Tambahan Tingkatan Empat bagi topik pembezaan ini mempunyai kesahan yang tinggi
dan kajian ini berjaya menghasilkan Modul Latihan i-Think Matematik Tambahan
Tingkatan Empat bagi topik pembezaan. Implikasinya, modul ini boleh dijadikan
sebagai satu bahan bantu mengajar oleh guru Matematik Tambahan untuk
meningkatkan pencapaian murid dalam topik pembezaan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |