Hubungan Kursus Bitara dengan komitmen kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Type
Thesis
Main Author
Ismail Man
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2012
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan Kursus Bitara dengan komitmen kerja
dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebanyak enam nilai
Bitara telah dibangunkan. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kaedah deskriptif
berbentuk tinjauan sampel. Sampel yang dipilih terdiri daripada 371 orang daripada
1,150 kakitangan UPSI yang pernah mengikuti kursus Bitara UPSI. Alat kajian yang
digunakan adalah borang soal selidik. Data-data yang dikumpul dianalisis secara
deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS versi 17. Analisis deskriptif dan inferensi
mencakupi soalan kajian berhubung kedudukan Nilai Bitara yang telah dipersepsikan
oleh para peserta, kedudukan komitmen kerja di kalangan pekerja-pekerja di UPSI,
perbezaan yang signifikan di antara Nilai Bitara dengan faktor demografi responden,
perbezaan yang signifikan di antara komitmen kerja dengan faktor demografi responden,
dan hubungan yang signiBkan di antara Nilai Bitara dengan komitmen kerja di UPSI.
Hasil kajian mendapati enam nilai Bitara adalah signifikan dengan komitmen kerja iaitu
Berintegriti, Profesional, Semangat Berpasukan, Berorientasikan Pelanggan, Perihatin
Kebajikan Anggota dan Kreatif dan Inovatif. Kajian ini juga turut mencadangkan
beberapa pendekatan untuk meningkatkan perhubungan Kursus Bitara dengan komitmen
kerja di kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.