UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Azli Yeop
Title :Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi terhadap pencapaian dan penerimaan pelajar
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2012
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membanding antara pembelajaran yang menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi (PBL+T) dan pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional, dengan melihat kesan keduadua pendekatan ini terhadap pencapaian skor ujian pelajar bagi mata pelajaran Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kajian ini juga mengenalpasti pengaruh jantina pelajar dan penerimaan mereka terhadap pembelajaran yang menggunakan pendekatan PBL+T. Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan dalam dua fasa. Di mana seramai 51 orang pelajar Tingkatan Dua terlibat dan dibahagi kepada dua kumpulan. Data kajian dikutip melalui soal selidik pra dan pasca formatif, ujian pra dan ujian pasca bagi melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar, manakala soal selidik sumatif digunakan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar. Hasil kajian menunjukkan; (i) kesan pendekatan PBL+T terhadap pencapaian pelajar adalah positif, iaitu terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pasca berbanding min skor ujian pra, (ii) keberkesanan pendekatan PBL+T tidak dipengaruhi oleh jantina pelajar, dan (iii) tahap penerimaan pelajar terhadap pembelajaran yang menggunakan pendekatan PBL+T adalah positif. Cadangan untuk kajian lanjutan dan implikasi kepada para pendidik telah disyorkan dalam penulisan disertasi ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.