Kesan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi terhadap pencapaian dan penerimaan pelajar
Type
Thesis
Main Author
Mohd Azli Yeop
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2012
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membanding antara pembelajaran yang menggunakan
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Berteraskan Teknologi (PBL+T) dan
pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional, dengan melihat kesan keduadua
pendekatan ini terhadap pencapaian skor ujian pelajar bagi mata pelajaran Literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kajian ini juga mengenalpasti pengaruh jantina
pelajar dan penerimaan mereka terhadap pembelajaran yang menggunakan pendekatan
PBL+T. Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dijalankan dalam dua fasa. Di mana
seramai 51 orang pelajar Tingkatan Dua terlibat dan dibahagi kepada dua kumpulan.
Data kajian dikutip melalui soal selidik pra dan pasca formatif, ujian pra dan ujian
pasca bagi melihat tahap pencapaian pembelajaran pelajar, manakala soal selidik
sumatif digunakan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar. Hasil kajian
menunjukkan; (i) kesan pendekatan PBL+T terhadap pencapaian pelajar adalah
positif, iaitu terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pasca
berbanding min skor ujian pra, (ii) keberkesanan pendekatan PBL+T tidak
dipengaruhi oleh jantina pelajar, dan (iii) tahap penerimaan pelajar terhadap
pembelajaran yang menggunakan pendekatan PBL+T adalah positif. Cadangan untuk
kajian lanjutan dan implikasi kepada para pendidik telah disyorkan dalam penulisan
disertasi ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.